Page 414 - e Prosiding Serai 2021
P. 414

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Tahun 2020 hingga kini merupakan satu jangka masa yang penuh dengan cabaran kerana

               seluruh  dunia  dilanda  ancaman  pandemik  Covid-19.  Kerajaan  telah  beberapa  kali
               menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan pandemik dan

               bertujuan memutuskan rantaian Covid-19.  Semenjak itu, para pendidik sama ada di sekolah
               mahupun institusi pengajian tinggi terpaksa menggunakan alternatif lain untuk melaksanakan
               tugas  dan  tanggungjawab  masing-masing  secara  dalam  talian  dengan  menggunakan

               pelbagai aplikasi seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya.

                       Pelbagai cara penyampaian secara bersemuka untuk subjek atau mata pelajaran di

               sekolah  dan  institusi  pengajian  tinggi  terpaksa  ditukar  secara  maya  supaya  ilmu  dan
               kemahiran dapat disampaikan kepada pelajar walaupun pengajaran disampaikan dari rumah.
               Revolusi ini menuntut kreativiti guru atau pengajar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran

               kepada pelajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Hal ini juga menjadi
               isu  dan  cabaran  kepada  mata  pelajaran  atau  kursus  yang  memerlukan  pengajaran  dan
               pembelajaran  (PdP)  serta  pentaksiran  secara  amali  seperti  kursus  Kokurikulum  –  Unit

               Beruniform (MPU3062) yang wajib diambil oleh setiap pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG).
               Kursus ini ditawarkan supaya pelajar IPG dapat mengetahui, memahami dan menguasai serta

               memperkembangkan ilmu dan kemahiran Unit Beruniform dalam aktiviti kokurikulum.  Antara
               hasil  pembelajaran  kursus  ini  ialah  supaya  pelajar  dapat  menguasai  dan  mempamerkan
               kemahiran-kemahiran  asas  dalam  aktiviti  semasa  perkhemahan  Unit  Beruniform  secara

               individu dan berkumpulan. Maka satu alternatif yang berasaskan web atau teknologi yang
               boleh diaplikasikan secara dalam talian seperti Padlet perlu digunakan bagi memastikan hasil

               pembelajaran MPU3062 tercapai.

                       Menurut Baharudin dan Badusah (2015), sistem pembelajaran interaktif berasaskan

               web yang digunakan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan
               meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan sesuatu pengajaran
               dan  pembelajaran  dilaksanakan  dengan  baik  dan  lancar sama  ada  di sekolah  atau pusat

               pengajian tinggi awam dan swasta.  Dalam Pembelajaran Abad Ke-21, generasi baru ini suka
               akan teknologi dan gemar mempelajari kemahiran baru berkaitan dengan teknologi. Menurut
               Maswan  (2011),  kebanyakan  remaja  pada  masa  kini  gemar  menggunakan  internet  untuk

               bermain aplikasi komputer dan mencari maklumat.

                       Menurut Ibrahim, Shing, Sharmeeze, Alias dan Dewitt (2014), penggunaan Web 2.0

               seperti  Padlet  boleh  digunakan  untuk  berinteraksi  antara  satu  sama  lain  bagi  tujuan
               pembelajaran.  Keistimewaan  pembelajaran  melalui  Padlet  ialah  bahan  pengajaran  dan
               pembelajaran seperti teks, grafik, animasi, video dan pautan URL boleh disampaikan dan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                396
   409   410   411   412   413   414   415   416   417   418   419