Page 415 - e Prosiding Serai 2021
P. 415
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
digunakan. Elemen-elemen tersebut sangat membantu pelajar dari segi pemahaman dan
mengingat pelajaran dengan mudah. Hal ini sejajar dengan pendapat Lope Pihie dan Elias
(2000) bahawa keupayaan mengingat melibatkan pendengaran hanya menyumbang 10
peratus (10%) dalam ingatan seseorang, sedangkan 50 peratus (50%) lagi daripada
penglihatan dan 40 peratus (40%) lagi daripada pengalaman dan perbuatan.
Padlet dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu jenis aplikasi
papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai virtual wall
(dinding maya) berfungsi sebagai ruang yang membolehkan pelajar dan pensyarah dapat
berkongsi maklumat seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara muka. Semua
ahli kumpulan akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada dinding maya dan saling
bertukar idea dalam kumpulan mereka.
Maka kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau tahap persepsi pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka terhadap aplikasi Padlet sebagai satu
media pengajaran dan pembelajaran dalam membantu pelajar untuk mengetahui, memahami
dan menguasai serta memperkembangkan ilmu dan kemahiran asas bagi kursus Unit
Beruniform (MPU3062).
SOROTAN LITERATUR
Kokurikulum bermaksud proses pembelajaran melalui aktiviti, gerak kerja dan pengalaman
pendidikan terancang yang dilakukan di luar bilik darjah. Ia lebih berasaskan aspek-aspek
pembelajaran bukan akademik yang menekankan aspek-aspek tersirat seperti nilai murni,
bakat, kepimpinan dan tanggungjawab atau peranan dan boleh terdiri daripada unit
beruniform, persatuan, sukan dan permainan (Amir Hamzah 2017). Mok Soon Sang (2009)
menyatakan bahawa kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan
selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah dan unit. Penglibatan pelajar
di dalam aktiviti kokurikulum memberi kesan yang positif kepada mereka, selain meningkatkan
kemahiran interpersonal dan intrapersonal, membina personaliti individu yang positif dan
membantu meningkatkan keterampilan pelajar (Hasaan dan Roslan, 2010; Ranjit, 2009; Zaid
et al, 2008 dan Ahmad dan Hisham, 2009). Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah
dan institusi pengajian tinggi adalah berfungsi sebagai pelengkap kepada proses keilmuan
dengan tujuan membina sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar bagi mewujudkan modal
insan yang berkualiti (Jumali et al, 2011).
Namun akibat penularan pendemik Covid-19, corak pembelajaran kokurikulum telah
mula berubah. Segala aktiviti perlu dilakukan di rumah dan dari rumah sebagai salah satu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 397

