Page 416 - e Prosiding Serai 2021
P. 416

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               usaha untuk memutuskan rantaian perebakkan wabak Covid-19. Pendigitalan dalam norma
               baharu telah menjadi satu nadi penyampaian maklumat dan perkhidmatan. Semua aktiviti

               pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat pengajian perlu dilakukan secara dalam
               talian demi memastikan pembelajaran anak Malaysia terus berjalan seperti biasa dan tidak
               diabaikan.


                      Penggunaan  teknologi  maklumat  (ICT)  merupakan  kaedah  utama  yang  digunakan
               semasa  pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah.  Teknologi  maklumat  boleh  membantu

               pelajar meneroka, menguasai dan mendalami ilmu dengan lebih baik (Yamin dan Ishak 2015)
               dan menjadikan  pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta senang di mudah alih

               (Kochattil, 2016).

                      Padlet  merupakan  satu  aplikasi  percuma  yang  terdapat  di  internet  yang  boleh

               digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran secara maya. Ia boleh dicapai di
               pautan  https://www.Padlet.com.  Padlet  memberikan  satu  “dinding”  yang  membolehkan
               pengguna menghantar nota, gambar, memuat naik pautan, fail, video untuk diguna, ditonton

               dan  diberi  maklum  balas  oleh  pengguna  yang  mempunyai  alamat  Padlet  tersebut  (Klein,
               2013).  Menurut  Fisher  (2017),  Padlet  merupakan  “papan  bulletin”  yang  paling  mudah

               digunakan semasa berkolaboratif dan boleh dicapai secara dalam talian. Menurut Ambarita
               (2021),  Padlet  boleh  dijadikan  sebagai  salah  satu  alat  alternatif  dalam  pengajaran  dan
               pembelajaran secara dalam talian pada masa pandemik covid-19.


                      Terdapat  beberapa  kajian  telah  dijalankan  bagi  menunjukkan  keberkesanan
               penggunaan  Padlet  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Antaranya  Padlet  boleh

               meningkatkan perbincangan pelajar di dalam sesuatu aktiviti (Rathakrishnan, Ahmad dan Lee
               2018), meningkatkan motivasi, kolaborasi pelajar (Megat Mohd. Zainuddin, Mohd Azmi, Mohd
               Yusoff, Shariff dan Wan Hassan, W. A., 2020; Etfita & Wahyuni, 2021) dan sebagai tapak

               perkongsian ilmu antara pelajar (Lowe dan Humphrey, 2018). Penglibatan pelajar di dalam
               dan di luar kelas juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan Padlet (Fisher, 2017).



               METODOLOGI


               Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan kuantitatif. Kajian ini telah menggunakan
               soal  selidik  bagi  mendapatkan  maklum  balas  berkenaan  kebergunaan  Padlet  dalam
               membantu pelajar untuk mengetahui, memahami dan menguasai serta memperkembangkan
               ilmu  dan  kemahiran  unit  beruniform.  Soalan  atau  item  yang  dikemukakan  merupakan

               ubahsuaian daripada Dewitt, Alias dan Siraj (2015) dan Megat Mohd. Zainuddin, Mohd Azmi,
               Mohd  Yusoff,  Shariff,  dan  Wan  Hassan  (2020)  serta  telah  dirujuk  kepada  pensyarah



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                398
   411   412   413   414   415   416   417   418   419   420   421