Page 38 - e Prosiding Serai 2021
P. 38
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dapatan kajian statistik deskriptif menunjukkan bagi kesedaran metakognitif penilaian
71% pelajar secara sedar dan sangat sedar bertanya diri sendiri jika telah belajar secukupnya.
Antara 60% hingga 68% pelajar bertanya diri sendiri jika telah pertimbangkan semua pilihan
dan bertanya diri sejauh mana telah mencapai matlamat pembelajaran. Sementara itu, antara
52.7% hingga 56.6% pelajar berada pada tahap sedar dan tahu sejauh mana pencapaian
setelah selesai tugasan dan buat kesimpulan perkara yang telah dipelajari setelah selesai
tugasan. Namun demikian, 48.6% sahaja pelajar berada pada tahap sederhana sedar untuk
bertanya pada diri sendiri penyelesaian yang lebih mudah.
Jadual 6: Perbezaan kesedaran metakognitif dimensi regulasi kognisi antara murid
sains tulen dan sains agama dalam pemahaman nilai prosa tradisional Melayu
Item Aliran N Min Sisiha Nilai- Sig
n t (p)
Piawa
i
REGULASI KOGNISI ST 75 3.80 0.55 2.71 .007**
SA 75 3.55 0.56
Perancangan ST 75 4.08 0.58 3.01 .003**
SA 75 3.77 0.65
Strategi Pengurusan Maklumat ST 75 3.67 0.51 2.63 .009**
SA 75 3.44 0.57
Pemantauan ST 75 3.83 0.72 2.9 .004**
SA 75 3.50 0.67
Strategi Debugging ST 75 3.87 0.70 1.66 .098
SA 75 3.67 0.77
Penilaian ST 75 3.55 0.69 1.28 .202
SA 75 3.39 0.85
Aras signifikan 0.05**
Apabila ujian-t ditafsirkan, hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan min yang
signifikan pada aras p< .05 (nilai-t = 2.712, p=.007) dalam beberapa aspek kesedaran
metakognitif dimensi regulasi kognisi pelajar sains tulen dengan sains agama dalam aktiviti
pemahaman nilai puisi tradisional Melayu. Analisis ujian-t menunjukkan perbezaan min yang
signifikan bagi aspek perancangan (nilai-t=3.011, p=0.003), strategi pengurusan maklumat
(nilai t=2.630,p=0.009) dan pemantauan (nilai-t=2.896,p=0.004). Namun, tidak terdapat
perbezaan min yang signifikan terhadap strategi debugging dan penilaian.
KESIMPULAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar di Sabak Bernam mempunyai kesedaran
metakognitif pada tahap tinggi dalam melaksanakan aktiviti pemahaman nilai dalam prosa
tradisional Melayu. Namun, dari aspek penilaian tahap kesedaran metakognitif murid berada
pada tahap sederhana sedar. Hasil temu bual menunjukkan murid mempunyai kesedaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 20

