Page 446 - e Prosiding Serai 2021
P. 446

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PERMASALAHAN KAJIAN

               Topik Electric Current and DC Circuit adalah pembawa jam kredit yang besar iaitu dua jam

               kuliah,  sebelas  jam  tutorial  dan  empat  jam  praktikal  dalam  silibus  Fizik  semester  II  sesi
               2020/2021. Pada setiap sesi, soalan PSPM II berkaitan dengan topik ini akan keluar dengan

               membawa markah yang paling banyak iaitu lima belas markah. Walau bagaimanapun soalan
               untuk  subtopik  potentiometer  ini  hanya  menyumbang  sebanyak  tiga  markah  sahaja,
               sedangkan pensyarah terpaksa meluangkan masa yang lama untuk menerangkan kaedah

               pengiraan  menggunakan  konsep  potentiometer.  Manakala  pelajar  pula  cuba  memahami
               konsep potentiometer tersebut dalam masa yang singkat.
                       Sebagai satu cara bagi memudahkan pensyarah dan pelajar menyelesaikan masalah

               berkaitan  subtopik  ini,  kaedah  FlipPot  telah  diperkenalkan.  Kaedah  FlipPot  menggunakan
               pendekatan flipped classroom dan pembelajaran inkuiri. Flipped classroom merupakan satu
               kaedah pembelajaran abad ke-21 yang menyediakan pelajar dengan pemahaman konsep

               sesuatu  topik  sebelum  pembelajaran  dalam  kelas  berlangsung  (Rahman,  A.  A.  (2017)).
               Pendekatan inkuiri melibatkan penggunaan model saintifik dan pendekatan inkuiri adalah satu

               proses mencari kebenaran, maklumat atau ilmu melalui penyoalan (Chan & Pow, 2020).
                       Dalam subtopik potentiometer, masalah utama pelajar adalah tidak dapat menerbitkan
               rumus  dengan  betul  berdasarkan  pemasalahan  yang  diberi.  Apabila  berlaku  kekeliruan

               berkaitan  dengan  penggunaan  rumus,  pelajar  akan  kehilangan  markah  untuk  soalan
               berkenaan. Dapatan ini berdasarkan analisis dokumen buku tutorial pelajar. Selain daripada

               itu, pensyarah juga menghadapi masalah untuk mengajar subtopik ini. Penggunaan masa
               mengajar  lebih  daripada  satu  jam  bagi  menerangkan  konsep  penyelesaian  potentiometer
               kepada  pelajar  berbanding  hanya  tiga  puluh  minit  sahaja  yang  diperuntukan  dalam

               perancangan  pengajaran.  Sehubungan  dengan  itu  objektif  kajian  ini  adalah  untuk
               meningkatkan  kemahiran  pelajar  dalam  menyelesaikan  masalah  berkaitan  dengan
               potentiometer.


               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart
               (1988)  yang  terdapat  empat  peringkat  untuk  satu  kitaran  iaitu  tinjauan  awal,  merancang
               tindakan,  melaksanakan  tindakan  dan  memerhati,  dan  akhir  sekali  mereflek.  Secara

               umumnya kajian tindakan ini merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal,
               baik secara individu mahupun bersama pengamal lain untuk mengubah dan menambah baik
               amalan yang sedia ada. Kajian tindakan merupakan satu jenis penyelidikan yang berbentuk

               renungan  kendiri  yang  melibatkan  penyelidik  sendiri  dalam  mengkaji  amalan  yang  biasa
               diamalkan.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                428
   441   442   443   444   445   446   447   448   449   450   451