Page 447 - e Prosiding Serai 2021
P. 447
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kumpulan Sasaran
Seramai 19 orang pelajar dari modul 1 Program Satu Tahun Semester II Sesi 2020/2021 yang
terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan. Pelajar yang terlibat
adalah dari kumpulan S13P1/ S13P7 dari Kolej Matrikulasi Melaka.
Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan, bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Terdapat 4 aktiviti telah dijalankan dalam kajian
tindakan ini. Berikut adalah langkah-langkah aktiviti yang telah dilaksanakan.
Aktiviti 1: Pra-Penilaian
Bagi Aktiviti 1, pelajar daripada kumpulan S13P1/ S13P7 menjawab ujian pra yang
mengandungi satu soalan yang berkaitan dengan potentiometer menggunakan kaedah yang
dipelajari di dalam kuliah. Masa yang diperuntukkan untuk Ujian Pra adalah 15 minit.
Seterusnya pensyarah akan menyemak jawapan pelajar dan markah direkodkan.
Aktiviti 2: Pelaksanaan Kaedah FlipPot
Kaedah FlipPot terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah e-Book yang
mengandungi koleksi rumus melibatkan pengiraan potentiometer. E-Book ni menggunakan
aplikasi Anyflip. Manakala bahagian yang kedua adalah diagram dan formula yang telah
diformatkan dalam Microsoft Excel. Pelajar hanya perlu memasukkan nilai ke dalam formula
yang telah disediakan untuk menyemak jawapan potentiometer.
Pada peringkat awal, pelajar diberikan dua pautan iaitu pautan Anyflip dimana
mengandungi nota rumus potentiometer dan pautan aplikasi Microsoft Excel melalui telegram
sehari sebelum bermulanya kelas tutorial Fizik. Pelajar dimita menerokai sendiri bahan
pembelajaran yang telah diberikan.
Semasa kelas tutorial, kaedah inkuiri telah digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran, dimana pelajar telah diberikan soalan latihan potentiometer tanpa penerangan
berkenaan soalan tersebut. Kemudian pelajar telah diminta menggunakan nota rumus
daripada aplikasi Anyflip. Selepas rumus yang sesuai dipilih, pelajar boleh memasukkan nilai
yang telah diberikan daripada soalan dan akhirnya mendapat jawapan. Akhir sekali, pelajar
diminta menjelaskan hubungan antara fizikal kuantiti yang terlibat.
Penggunaan kaedah FlipPot secara tidak langsung melibatkan aktiviti penerokaan dan
penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat melalui penyoalan
dan penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat
meningkatkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 429

