Page 448 - e Prosiding Serai 2021
P. 448

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Aktiviti 3 : Pasca Penilaian
               Bagi aktiviti 3, pasca penilaian, terdapat tiga kaedah penilaian yang telah dijalankan iaitu ujian

               pos, soal selidik dan temubual.

               Ujian Pos

               Pelajar diberikan ujian pos yang mengandungi satu soalan yang sama dengan ujian pra. Masa
               yang diperuntukkan adalah 20 minit. Seterusnya pensyarah akan menyemak jawapan ujian

               pos pelajar dan markah direkodkan.

               Soal Selidik

               Penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar yang telah didedahkan dengan
               penggunaan kaedah FlipPot. Tujuannya adalah untuk mendapatkan respon pelajar terhadap

               penggunaan kaedah FlipPot.

               Temubual

               Sesi temubual dibuat selepas Ujian Pos dijalankan. Temubual yang dipilih adalah temubual
               berstruktur dan dilakukan ke atas tiga orang pelajar yang dipilih secara rawak.  Soalan yang
               disediakan adalah Sebanyak 7 soalan berbentuk setuju atau tidak bersetuju. Setiap temubual

               akan direkod dan dianalisis.

               DAPATAN KAJIAN


               Analisis Ujian Pra dan Pos
               Daripada analisis ujian pra dan pos, terdapat dua kategori markah yang diperolehi pelajar iaitu

               gagal  dan  lulus.  Berdasarkan  standard  pencapaian  Bahagian  Matrikulasi  iaitu  sekiranya
               pelajar mendapat markah kurang daripada 50%, maka pelajar ini dikategorikan sebagai gagal.
               Manakala markah lulus, pelajar perlu mendapat markah 50%  dan ke atas. Bagi pelajar yang

               mendapat markah 80% dan ke atas adalah dikategorikan sebagai pelajar cemerlang.

               JADUAL 1 : Perbandingan peratus pencapaian gagal dan lulus pelajar
                                     S13P1/ S13P7 dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

                Julat          Kategori      Peratus  Ujian Pra  Peratus     Ujian  Peratus
                Markah                       (%)                  Pos (%)            Perubahan (%)

                0-4            Gagal         47                   5                  -42
                5-7            Lulus         42                   16                 -26
                8-10           Lulus         11                   79                 +68





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                430
   443   444   445   446   447   448   449   450   451   452   453