Page 465 - e Prosiding Serai 2021
P. 465

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Triangulasi Peserta Kajian

               Triangulasi peserta kajian dibuat bagi mengesahkan tema yang diperoleh daripada data temu

               bual bersama PK. Sekiranya lebih daripada seorang PK menyatakan perkara yang sama bagi
               menjawab soalan temu bual yang dikemukakan, bermakna tema yang diinterpretasikan oleh

               pengkaji mempunyai kesahan. Antara contoh jawapan temu bual yang dikemukakan oleh PK1
               dan PK2 ialah mereka mahukan pembelajaran yang mempunyai unsur permainan semasa
               sesi PdPc. Melalui kaedah pembelajaran melalui bermain akan menyebabkan mereka berasa

               seronok dan  lebih mudah  untuk mengingat  isi  pembelajaran  yang  ingin disampaikan  oleh
               pengkaji.



               DAPATAN KAJIAN

               Soalan  Kajian  1:  Apakah  penggunaan  aplikasi  Android  ‘ABC  SuKa’  dapat  membantu

               meningkatkan kemahiran membaca murid dalam aspek suku kata KV + KVK?



               Setelah melaksanakan proses tindakan terhadap PK, ternyata penggunaan aplikasi Android
               ABC SuKa dapat meningkatkan kemahiran membaca murid dalam aspek suku kata KV +

               KVK. Instrumen yang digunakan dalam mendapatkan data bagi menjawab soalan kajian yang
               pertama ini ialah analisis data jawapan yang dikemukakan PK dalam Ujian Pasca. Sebelum

               PK  menjalani  sesi  tindakan,  Ujian  Pra  telah  dijalankan keatas  mereka dan ketiga-tiga  PK
               mendapat markah yang rendah. Oleh itu, selepas pelaksanaan tindakan ABC SuKa, pengkaji
               melaksanakan satu lagi ujian kepada PK yang terdiri daripada 36 item soalan. Pengkaji telah

               merekod setiap bacaan yang telah dibuat. Jadual 1 menunjukkan markah PK dalam Ujian Pra
               dan Ujian Pasca.


               Jadual 1
               Markah PK dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

                Bil  Peserta Kajian           Skor Markah                 Skor Markah

                                              Sebelum Tindakan            Selepas Tindakan

                                              (Ujian Pra)                 (Ujian Pasca)
                1.    PK1                     9/30                        34/36

                2.    PK2                     11/30                       36/36

                3.    PK3                     6/30                        15/36







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                447
   460   461   462   463   464   465   466   467   468   469   470