Page 812 - e Prosiding Serai 2021
P. 812
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH BERCERITA
SECARA DIGITAL SEMASA PDPR
Faridah Mohd Sopah, Yee Bee Choo, Salbihana Samsudin,
Halif Md Salleh dan Vijayan A/L Pariasamy
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat
faridah.sopah@iptho.edu.my
ABSTRAK
Bercerita merupakan satu bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dapat
menimbulkan minat belajar dalam kalangan murid. Kajian ini akan meninjau sejauhmana
guru-guru dapat menggunakan pelbagai kaedah bercerita secara digital untuk melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kajian ini merupakan kajian tinjauan
bertujuan untuk melihat aspek pengetahuan, kemahiran, persepsi, dan kekangan pendekatan
bercerita secara digital yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat dan fakta
kepada murid dalam mata pelajaran yang diajar. Sampel kajian melibatkan 30 orang guru
dari dua buah sekolah rendah di daerah Batu Pahat yang terlibat dengan kajian rintis.
Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan melalui Google Form. Data
dianalisis secara statistik deskriptif berbantukan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) Versi 26. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru dari aspek
kekerapan penggunaan kaedah bercerita secara digital adalah rendah (m=2.20) dan tahap
kemahiran guru adalah sederhana tinggi (m=3.12). Oleh itu, guru sebagai perancang dan
pelaksana PdP merupakan individu yang perlu dipastikan mempunyai kesediaan dalam
pelaksanaan sesuatu kaedah pengajaran. Kesediaan guru merupakan salah satu elemen
penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam
suasana dan kaedah pembelajaran yang baharu semasa PdPR.
Kata kunci : bercerita, digital, PdPR, pengetahuan, persepsi, kemahiran, kekangan
PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan salah satu sektor yang menerima kesan yang besar apabila
dunia berhadapan dengan situasi norma baharu akibat pendamik Covid-19. Sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah terpaksa ditutup
namun proses pengajaran dan pembelajaran perlu terus dilaksanakan. Justeru satu platform
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 794

