Page 817 - e Prosiding Serai 2021
P. 817
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4, menunjukkan jenis kaedah bercerita yang digunakan oleh guru dalam PdP, antara
respon yang tertinggi iaitu pada tahap kadang-kala iaitu bercerita secara langung dalam
Google Meet (GC) (n=18, 54.5%) dan menggunakan Melalui pautan YouTube (sedia
ada/dikongsi oleh guru lain (n=16, 48.5%). Bagi aspek yang selalu digunakan oleh guru ialah
melalui pautan YouTube (sedia ada/dikongsi oleh guru lain (n=7, 21.2%), melalui rakaman
suara (audio - ciptaan sendiri) (n=5, 15.2%) dan melalui PowerPoint (sedia ada / dikongsi oleh
guru lain) (n=5, 15.2%). Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan masih ramai dalam kalangan
guru yang tidak menggunakan kaedah bercerita sebagai satu kaedah dalam PdP mereka
semasa PdPR.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Dapatan kajian dibincangkan berdasarkan objektif kajian pertama iaitu melihat kepada tahap
pengetahuan dari aspek kekerapan dan kemahiran penggunaaan kaedah bercerita secara
digital, melihat dari aspek persepsi guru dan kekangan yang dihadapi dalam perlaksanaan
kaedah bercerita. Melalui kajian lepas menunjukkan pendekatan bercerita dapat memberikan
kesan yang positif dalam proses PdP kepada murid-murid. Terdapat banyak kajian yang
menunjukkan tentang keberkesanan kaedah bercerita dalam meningkatkan motivasi, minat
dan pencapaian murid di sekolah. Antaranya, kajian Su (2009) mendapati penggunaan
kaedah bercerita dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam ujian Pendidikan Moral.
Ini kerana kaedah bercerita dapat membina suasana pembelajaran yang riang, gembira dan
kondusif. Kajian oleh Perger (2011) yang juga menggunakan kaedah bercerita dalam
mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran berfikir menyelesaikan
permasalahan dalam Matematik. Kajian oleh Loi (2012) mendapati bahawa kaedah bercerita
dalam pembelajaran Sains dapat meningkatkan kefahaman murid tentang Sains tahun 5.
Guru sebagai perancang dan pelaksana PdP merupakan individu yang perlu
dipastikan mempunyai kesediaan dalam pelaksanaan sesuatu kaedah pengajaran semasa
PdPR. Rungutan daripada pelbagai pihak menunding jari ke arah guru yang dikatakan tahap
kesediaan guru melaksanakan PdPR tidak memuaskan. Dapatan kajian lepas menunjukkan
kurangnya kemahiran menggunakan TMK dalam kalangan guru. Masalah yang dihadapi ialah
guru kurang bekemahiran menggunakan elemen grafik seperti gambar, video, memasukkan
teks dan menghasilkan persembahan slaid dalam perisian TMK bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Masalah sebegini adalah kerana disebabkan guru kurang berkemahiran
menggunakan perisian TMK dan kesannya mereka tidak mampu untuk menghasilkan bahan
bantu belajar berasaskan TMK (Johari et al., 2014)
Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan
kemahiran masih pada tahap sederhana. Guru merupakan tulang belakang dalam usaha
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 799

