Page 814 - e Prosiding Serai 2021
P. 814
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mengingati fakta-fakta yang diberi. Sohaimi (2005) mendapati dalam kajiannya bahawa
bahan-bahan bantu mengajar yang menggunakan digital interaktif dapat meningkatkan
peratus penguasaan kemahiran-kemahiran yang hendak dinilai terhadap murid-murid
prasekolah.
Oleh kerana kajian ini melibatkan suatu amalan baharu iaitu kaedah bercerita secara
digital dalam tempoh PdPR, kesediaan di pihak guru perlu diberi perhatian dalam usaha
mengenalpasti tindakan yang dapat mengoptimumkan pelaksanaan kaedah pengajaran yang
disarankan. Tambahan pula, senario sedia ada mendapati guru kurang berkeyakinan untuk
menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Siti
Marzhiah 2013). Mereka mungkin mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
menggunakan teknologi tetapi menghadapi kesukaran untuk menerapkannya dalam amalan
pedagogi. Sebagai usaha mendepani isu yang timbul kesan daripada pengajaran tidak
bersemuka dalam era pandemik, maka kajian ini berfokus kepada kesediaan guru
melaksanakan PdP dengan pendekatan bercerita secara digital dalam PdPR.
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesediaan guru melaksanakan PdP dengan
pendekatan bercerita secara digital dalam pelaksanaan PdPR.
Objektif kajian ini dapat dinyatakan seperti berikut :
3.1 Mengenal pasti tahap kekerapan, kemahiran, persepsi dan kekangan penggunaan
kaedah bercerita secara digital dalam pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru.
3.2 Mengenal pasti kaedah bercerita secara digital yang kerap digunakan oleh guru
dalam melaksanakan PdPR.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 30 orang guru daripada dua buah
sekolah rendah di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini mengkaji faktor kesediaan daripada
aspek pengetahuan, kemahiran, persepsi dan kekangan guru-guru dalam pelaksanaan PdP
dengan pendekatan bercerita secara digital dalam PdPR. Instrumen kajian merupakan soal
selidik dengan 3 bahagian iaitu Bahagian A (demografi), Bahagian B (kekerapan penggunaan
kaedah bercerita) dan Bahagaian C (kesediaan). Bahagian C melibatkan soal selidik dengan
4 dan 5 skala Likert yang melibatkan komponen pengetahuan, kemahiran, persepsi dan
kekangan merujuk kepada pelaksanaan PdP dengan kaedah bercerita secara digital dalam
PdPR. Daripada ujian rintis yang dijalankan didapati alpha Cronbach’s bagi soal selidik ini
ialah 9.17 hingga 9.84. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 796

