Page 813 - e Prosiding Serai 2021
P. 813

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               yang dapat memberi peluang murid terus menjalani   proses   pembelajaran   adalah   melalui
               pelaksanaan   Pengajaran  dan  Pembelajaran di Rumah (PdPR). PdPR boleh dilaksanakan

               dalam talian dan/atau luar talian secara berstruktur dan terancang (KPM, 2021).
                       Walaupun guru dan murid tidak dapat bersemuka  dan PdP dilaksanakan atas talian,
               guru perlu memastikan pelaksanaannya dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan

               kemahiran yang telah ditetapkan di dalam DSKP. Berdasarkan surat siaran KPM Bil 14 Tahun
               2018,  pelaksanaan PBD melalui aktiviti pembelajaran boleh dilaksanakan   dengan   pelbagai

               kaedah  yang  berasaskan  kepada  tiga  aspek  iaitu  i)   pembelajaran   yang   menyeronokkan,
               ii)   pembentukan    karektor    murid   dan   iii) bersesuaian dengan perkembangan dan usia
               murid  perkembangan  dan  usia  murid.  Antara  kaedah  yang  dicadangkan  adalah  kaedah

               bercerita, projek mudah, kuiz, permainan dan main peranan (BPK, KPM 2019).
                       Di dalam pendidikan, kaedah  bercerita  merupakan  salah  satu  kaedah  pengajaran

               dan  pembelajaran  secara  aktif  yang melibatkan penyertaan  murid  dalam  sesi  pengajaran
               dan  pembelajaran  tersebut  (Abdul  Jamir  et  al.,  2012). Disokong dengan cerita yang
               disampaikan guru dan penggunaan alat bantu mengajar seperti LCD,  interaktif Power Point

               dan  audio  video  membantu  para  murid  untuk  mengingati  fakta-fakta  yang  diberi.


               SOROTAN KAJIAN


               Pengajaran  dan  pembelajaran  yang  lebih   berbentuk tradisional seperti kuliah, ceramah
               dan syarahan turut menyumbang  kepada penurunan  motivasi dan minat murid terhadap
               sesuatu  mata  pelajaran  (Abdul  Jamir  et  al.,  2012).  Justeru  kaedah  bercerita  seperti  yang

               disarankan  oleh  Keller  (2010)  dicadangkan  dalam  pelaksanaan  PdP  kerana  ia  dapat
               menaikkan  naluri  ingin    tahu    murid,    meningkatkan      perhatian  (attention)  selanjutnya

               mendorong  motivasi  mereka  untuk  terus  bersama-sama  dalam  sesi  pengajaran  dan
               pembelajaran tersebut sehingga tamat.
                        Terdapat model teknik bercerita oleh Freytag (1900) iaitu model Piramid Freytag yang

               banyak  digunakan  di  dalam  konteks  barat.  Seterusnya,  Mishra  dan  Koehler’s  (2006)
               mengutarakan  model  Teknologi,  Pedagogi  dan  Pengetahuan  Kandungan  (TPACK)  yang

               digunakan untuk pelaksanaan kaedah bercerita secara digital. Model ini sesuai untuk pelajar
               dalam PdP biasa di mana di melibatkan proses pelaksanaan PdP dalam bilik darjah. Menurut
               McLellan (2006), teknik  bercerita secara digital pula merupakan satu kesenian dan karya

               tentang penerokaan pelbagai aplikasi media dan perisian menggunakan media digital untuk
               menyampaikan cerita dalam bentuk baharu dengan cara yang berkesan.
                        Setelah kemunculan dunia teknologi, kaedah bercerita kini boleh disampaikan dalam

               pelbagai medium. Cerita yang disampaikan guru disokong dengan  penggunaan alat bantu
               mengajar seperti LCD,  interaktif Power Point dan  audio  video  membantu  para  murid  untuk


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                795
   808   809   810   811   812   813   814   815   816   817   818