Page 829 - e Prosiding Serai 2021
P. 829
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEBERKESANAN PENGGUNAAN TERMINOLOGI KEJURULATIHAN SUKAN DALAM
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS LISAN (BI-L)
MURID
¹Mat bin Berahim, PhD dan ²Zul Aizam bin Yassin, PhD
¹²Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu
mat@ipgm.edu.my
ABSTRAK
Bahasa merupakan kaedah untuk berkongsi maklumat dari segi aplikasi terminologi dalam
sukan dan ianya dapat digunakan untuk meningkatkan pemahaman, perlaksanaan dan
kepekaan pemain (Beilock, Sian L., et al., 2008 & Rashidah Rahmat, 2013)). Kajian ini
bertujuan mengenalpasti tahap keberkesanan pengunaan terminologi sukan dan PdPc
Pendidikan Jasmani (PJ) dalam meningkatkan tahap penggunaan kemahiran Bahasa
Inggeris–Lisan (BI-L) dalam kalangan murid tingkatan satu dan dua SMK. Dato’ Mahmud
Paduka Raja 2 (SMKDMPR2), Tanah Merah Kelantan. Kajian berbentuk quasi eksperimen
yang menjadikan program intensif PdPc BI-L selama lapan minggu berdasarkan analisis pre
test dan post test. Analisis ujian-t dan kolerasi digunakan bagi mengenalpasti perbezaan dan
hubungan keberkesanan program yang dijalankan dalam kajian. Hasil kajian mendapati
program intensif BI-L yang dijalankan menunjukkan seramai N=223 sampel (84.5%)
mencatatkan peningkatan peratus lulus dalam ujian lisan Bahasa Inggeris pada ujian post test
berbanding 105 sampel (39.8%) lulus dalam ujian lisan Bahasa Inggeris pada ujian pre test.
Ini menunjukkan peningkatan peratus lulus sebanyak 44.7% dalam kedua-dua ujian yang
dijalankan. Analisis kolerasi menunjukkan nilai (N=264: r = 0.632, sig = .003). Nilai kolerasi
adalah rendah tetapi kajian ini mendapati nilai signifikan adalah sederhana = .003. Manakala
analisis ujian-t menunjukkan nilai (N=264: t = -14.251, sig. = .001). Kajian menunjukkan
berlaku perbezaan yang signifikan dalam penggunaan BI-L di kalangan murid tingkatan satu
dan dua dalam PdPc PJ. Ini menunjukkan dengan penerapan BI-L dalam mata pelajaran PJ
dapat membantu meningkatkan kemahiran lisan Bahasa Inggeis dalam kalangan murid
tingkatan satu dan dua. Beberapa implikasi dan cadangan kajian dikemukakan bagi
meningkatkan penguasaan lisan Bahasa Inggeris melalui penggunaan terminologi sukan
dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Kata Kunci : pendidikan jasmani, bahasa inggeris lisan, terminologi, keberkesanan,
pengajaran dan pembelajaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 811

