Page 853 - e Prosiding Serai 2021
P. 853

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN SISWA PENDIDIK IPG KAMPUS DATO’ RAZALI
                               ISMAIL DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG

                Muhammad Zaim Hakim L, Muhammad Nur Fitri M, Nur Aliya S, Dr Fouziah M dan Nur
                                                     Farrah Anis F.

                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                          zaim17-1139@epembelajaran.edu.my




                                                       ABSTRAK


               Di  peringkat  pengajian  tinggi,  mahasiswa-mahasiswa  membentuk  gaya  pembelajaran

               tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dan bantuan pensyarah yang juga mempunyai
               gaya pengajaran tersendiri. Felderman dan Silverman dalam teorinya, menyatakan bahawa
               gaya pembelajaran pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Kajian ini bertujuan untuk

               mengenalpasti  gaya  pembelajaran  dan  hubungannya  dengan  pencapaian  akademik
               cemerlang dalam kalangan siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun

               empat, IPGK Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai 91 orang siswa pendidik
               Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun empat telah memberi respon kepada soal
               selidik. Kajian ini telah menggunakan soal selidik Index of Learning Styles yang telah direka

               oleh  Felder  dan  Solomon.  Data  yang  dikumpulkan  telah  diproses  secara  kolektif  dengan
               menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS versi 26) untuk mendapatkan
               kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan korelasi bagi menjawab persoalan kajian. Dari

               segi  demografi,  responden  lelaki  dan  responden  perempuan  kedua-duanya  cenderung
               kepada gaya pembelajaran aktif (skor min 4.28 dan sisihan piawai 0.51) dan sensing (skor
               min  4.76  dan  sisihan  piawai  0.56). Tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  antara gaya

               pembelajaran  tersebut  dengan  pencapaian  akademik  siswa  pendidik.  Secara keseluruhan
               didapati gaya pembelajaran sensing lebih popular berbanding gaya pembelajaran aktif. Soal

               selidik jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya siswa pendidik memaparkan gaya
               pembelajaran  yang  berbeza.  Kesimpulan  kajian  ini  dapat  dijadikan  sebagai  panduan  dan
               rujukan  kepada  pihak  IPG  dan  siswa  pendidik  dalam  meningkatkan  mutu  pelajaran  serta

               prestasi akademik IPGK Dato’ Razali Ismail khasnya.



               Kata kunci: Gaya pembelajaran, pencapaian akademik, jantina.









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                835
   848   849   850   851   852   853   854   855   856   857   858