Page 854 - e Prosiding Serai 2021
P. 854
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Siswa Pendidik merupakan individu yang unik dan berbeza di antara satu sama lain walaupun
mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi
dari aspek pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman.
Justeru, Siswa-siswa Pendidik ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan
bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran. Pendekatan
yang diambil oleh setiap Siswa Pendidik adalah dengan menurut tanggapan subjektif mereka
terhadap kehendak pensyarah atau konteks pembelajarannya. Pada pandangan para
penyelidik, pensyarah atau pendidik merupakan penggerak utama kepada pembelajaran para
Siswa Pendidik.
Menurut (Pasi Sahlberg:2019) dari Finland, “Kami mempersiapkan anak-anak untuk
belajar bagaimana belajar, bukan bagaimana mengikuti ujian”. Gaya pembelajaran di negara
Finland menunjukkan gaya pembelajaran yang bebas mengikut pilihan pelajar kerana dasar
mereka yang meletakkan kebebasan dalam memilih gaya pelajaran dan pengajaran.
Felderman dan Silverman (1998) dalam teorinya, menyatakan bahawa gaya pembelajaran
pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Jika pensyarah atau pengajar tidak
menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar akan menimbulkan implikasi
ketidakselesaan dan kurangnya perhatian oleh pelajar semasa mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran dan boleh menyebabkan pelajar tertinggal dalam pelajaran. Sariza Said (2020)
menyatakan latihan mengajar dikategorikan sebagai “Amalan profesional” dalam kurikulum
perguruan adalah landasan untuk pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam
pengajaran dan pembelajaran(PdP) serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri. Latihan
mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru memberi
peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan
secara reflektif dalam situasi sebenar di bilik dalam darjah dan sekolah.
SOROTAN LITERATUR
Berdasarkan kajian lepas di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terdapat pelbagai isu yang dihadapi
oleh pelajar di antaranya adalah berkaitan dengan gaya pembelajaran (Che Ghani et al.
2017). Sarena (2013) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan
aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari Teknik
atau kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan
sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus
untuk menghadapi pembelajaran mereka. Sangat sedikit pelajar didedahkan dengan model
gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pada peringkat awal persekolahan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 836

