Page 856 - e Prosiding Serai 2021
P. 856

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021




                                              Proses (Aktif-Reflektif)



                                             Persepsi (Sensing-Intuitif)


                               Gaya Pembelajaran
                                               Input (Visual-Verbal)



                                             Pemahaman (Berurutan-

                                                     Global)
                                                   Rajah 2.2 : Kerangka konseptual



               METODOLOGI KAJIAN


               Reka  bentuk kajian  ini  menggunakan kajian  tinjauan  berbentuk  deskriptif.  Pemilihan  yang
               dicadangkan adalah berdasarkan populasi kajian yang terdiri Siswa-siswa Pendidik Semester
               8 daripada pelbagai bidang pengkhususan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali

               Ismail  (IPGKDRI),  Kuala  Nerus,  Terengganu.  Jumlah  populasi  Siswa-siswa  Pendidik
               Semester  8  ialah  seramai  kira-kira  116  orang.  Saiz  sampel  kajian  yang  ditetapkan

               berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) menyenaraikan
               saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Oleh itu, seramai 91 orang Siswa
               Pendidik dipilih secara bertujuan daripada 116 orang Siswa Pendidik Semester 8 di IPGKDRI.


                       Kajian  ini  menggunakan  borang  soal  selidik  sebagai  alat  pengumpulan  data.  Soal
               selidik ini adalah daripada penyelidikan yang terdahulu iaitu instrumen borang soal selidik
               kajian Mohamed Zakaria & Zubaidah Begam (2018) yang diubah suai daripada kajian oleh

               Livesay (2002) melalui soal selidik Index of Learning Styles yang dibangunkan oleh Felder &
               Solomon (2001) yang mengkaji gaya pembelajaran. Namun begitu, instrumen borang soal

               selidik ini sedikit sebanyak diubah daripada instrumen soal selidik asal. Borang soal selidik ini
               menggunakan skala lima Likert. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang guru dari IPG
               Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. Kajian rintis dijalankan bermula dari 3 Februari
               2021 hingga 5 Februari 2021.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                838
   851   852   853   854   855   856   857   858   859   860   861