Page 855 - e Prosiding Serai 2021
P. 855

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   Menurut Kamarudin (2018), kejayaan dan kegagalan pelajar dalam akademik bukanlah
               bergantung  semata-mata  kepada  faktor  pengajaran  di  dalam  bilik  kuliah  sahaja  tetapi

               berkaitan juga dengan proses pembelajaran itu sendiri. Pelbagai faktor telah dikaji oleh pakar-
               pakar dalam bidang yang terbaik dalam akademik terhadap pelajar-pelajar IPT. Pencapaian
               awal,  minat,  sikap,  motivasi,  dan  kemahiran  menyelesaikan  masalah  merupakan  antara

               faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Menurut Ridzuan Ismail (2018) pula,
               faktor-faktor  lain  juga  didapati  menyumbang  kepada  punca  kemerosotan  pelajar  dalam

               pencapaian  akademik  seperti  ketidakselarasan  strategi  dan  pendekatan  pengajaran
               pensyarah dengan keperluan dan kaedah pembelajaran pelajar di mana pelajar itu sendiri
               tidak tahu teknik dan cara pembelajaran yang berkesan dan efektif. Faktor-faktor tersebut

               adalah antara faktor yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kemerosotan pencapaian
               dalam pencapaian akademik di institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru itu, perkara ini telah

               menarik  minat  pengkaji  untuk  mengkaji  hubungan  antara  faktor  yang  mempengaruhi
               pencapaian  akademik  siswa  pendidik  IPG  Kampus  Dato’  Razali  Ismail.  Dalam  kajian  ini
               penyelidik  ingin  mengkaji  faktor  gaya  pembelajaran  dalam  mempengaruhi  pencapaian

               akademik cemerlang siswa pendidik IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.



               Kerangka Konseptual Kajian
               Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan  Tentang konsep

               pembelajaran,  faktor-faktor  yang  mempengaruhi  pembelajaran  serta  proses  dan  sebab
               berlakunya pembelajaran.  Teori pembelajaran ini memberikan penghuraian tentang unsur,
               faktor  dan  mekanisme  yang  terlibat  dalam  proses  pembelajaran.    Kebanyakan  teori

               pembelajaran  adalah  dihasilkan  daripada  kaji  selidik  atau  pemerhatian.    Terdapat  pula,
               sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik berasaskan falsafah (Mok Soon Sang, 2003).

               Teori-teori pembelajaran dalam kajian ini menggunakan model Felder & Silverman.

















               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                837
   850   851   852   853   854   855   856   857   858   859   860