Page 928 - e Prosiding Serai 2021
P. 928

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               mempertingkatkan  kemudahan  infrastruktur  bagi  pelaburan  jangka  masa  panjang  dengan
               menyediakan capaian internet yang lebih baik (Chung, Subramanian & Dass, 2020).

                       Selain itu, murid-murid menghadapi masalah susah untuk memahami isi kandungan
               mata pelajaran. Maka, murid-murid tidak dapat menguasai atau memahami isi pembelajaran
               yang disampaikan oleh guru dengan baik. Dapatan kajian adalah selari dengan kajian Anuar

               dan Zakaria (2015) dan Mailis, Hanim dan Hassan (2020) menunjukkan murid-murid belum
               bersedia sepenuhnya untuk menerima e-pembelajaran. Memandangkan sesi pembelajaran

               dan  pengajaran  dalam  talian  ialah  kaedah  pengajaran  baharu  maka  murid-murid  sedang
               melalui  proses  transisi  untuk  menyesuaikan  diri  berbanding  dengan  pembelajaran  secara
               bersemuka.  Transisi  perubahan  kaedah  pengajaran  ini  jika  diterokai  dengan  baik  akan

               menjadi peluang kepada kejayaan pembelajaran dalam talian (Adedoyin & Soykan, 2020).
               Selain itu, guru-guru perlu merancang sesi pembelajaran dalam talian yang lebih menarik

               dengan memberikan fokus kepada penyampaian isi kandungan agar murid-murid lebih mudah
               untuk  memahami  isi  kandungan  yang  disampaikan.  Demi  meningkatkan  keberkesanan
               penyampaian pengajaran guru dalam talian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui

               Bahagian  Profesionalisme  Guru  (BPG)  perlu  menyediakan  sesi  latihan  dan  kursus
               pembelajaran  dalam  talian  agar  guru-guru  dapat  dibekalkan  dengan  teknik  dan  kaedah
               pengajaran dalam talian yang dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi PdPR.

                       Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor motivasi
               dengan keinginan mengikuti sesi PdPR dalam kalangan murid. Murid-murid dapat menguasai
               kemahiran-kemahiran ICT untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam

               talian.  Dalam  erti  kata  lain,  murid  yang  mempunyai  tanggapan  bahawa  mereka  adalah
               kompeten iaitu dapat mempraktikkan kemahiran yang diperlukan dan berasa yakin dengan

               kebolehan diri sendiri semasa mengikuti sesi PdPR. Dapatan ini menyatakan murid-murid
               bermotivasi  dan  ingin  mengikuti  sesi  pembelajaran  dalam  talian.  Menurut  Deci  (1975),
               motivasi  merujuk  kepada  melakukan  sesuatu  aktiviti  yang  disukai  dan  diminati  serta

               keseronokan  dan  kepuasan  yang  diperoleh  daripada  melakukan  aktiviti  tersebut.  Hal  ini
               adalah disebabkan oleh murid-murid suka dan berminat untuk mengikuti sesi PdPR. Apabila

               seseorang murid bermotivasi maka murid akan secara sukarela melakukan sesuatu tingkah
               laku (Deci & Ryan, 1985).



               RUMUSAN

               Secara  keseluruhannya,  kajian  ini  dapat  memberikan  gambaran  yang  jelas  kepada  pihak
               pentadbir dan pengurusan sekolah serta para guru berkaitan isu-isu sesi pengajaran PdPR

               agar  langkah-langkah  yang  lebih  sesuai  dapat  dilaksanakan  untuk  meningkatkan  lagi
               keberkesanan sesi PdPR. Selain itu, kajian ini dapat menambahkan lagi kajian dalam bidang




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                910
   923   924   925   926   927   928   929   930   931   932   933