Page 941 - e Prosiding Serai 2021
P. 941

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                      KEPERLUAN PEMBINAAN PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI DI PUSAT
                                           PEMBELAJARAN PRASEKOLAH


                                                 1
                                   Rashidah, E. ,  Noor Miza, A.R.  dan  Norsita, A. 3
                                                                   2

                                   1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail
                                    2 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
                                            3 Institut Pendidikan Guru Malaysia
                 1 rashidah@ipgm.edu.my ,  noormiza.abdrahman@ipgm.edu.my ,  norsita@ipgm.edu.my
                                                                                  3
                                           2


                                                       ABSTRAK


               Pelaksanaan pusat pembelajaran di prasekolah telah diaplikasikan sejak tahun 2017, namun
               masih  ramai  guru  prasekolah  belum  menguasai  sepenuhnya  pelaksanaan  strategi

               pembelajaran  menggunakan  pusat  pembelajaran.  Kajian  ini  bertujuan  mengenal  pasti
               kesediaan  guru  dari  aspek  pengetahuan,  kemahiran  dan  penggunaan  strategi  dalam
               melaksanakan  aktiviti  di  pusat  pembelajaran.  Selain  itu,  kajian  ini  juga  merupakan  satu

               analisis  keperluan  untuk  membangunkan  panduan  guru  bagi  mengaplikasi  strategi
               pembelajaran  menggunakan  pusat  pembelajaran.  Kajian  dijalankan  dengan  rekabentuk
               kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan disokong oleh dapatan kualitatif. Responden

               kajian terdiri daripada 945 orang guru prasekolah. Data diperoleh menggunakan soal selidik
               dan ditadbir secara dalam talian menggunakan Google Form. Dapatan kajian menunjukkan

               bahawa 32.6% responden kurang berkemahiran melaksanakan aktiviti di pusat pembelajaran
               dan  69.5%  bersetuju  pusat  pembelajaran  dapat  membantu  murid  berdikari  dalam
               menyelesaikan  masalah.  Dapatan  kajian  juga  menunjukkan  bahawa  81.7%  responden

               memerlukan  sokongan  profesional  dan  83.5%  memerlukan  panduan  pelaksanaan  dalam
               mengaplikasi strategi pusat pembelajaran. Dapatan kajian kualitatif secara temu bual juga

               menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi membangunkan satu panduan pelaksanaan
               strategi  pusat  pembelajaran  dan  responden  bersetuju  bahawa  Bahasa  Melayu  boleh
               digunakan merentas kurikulum secara bermakna melalui aktiviti di pusat pembelajaran. Kajian

               ini menunjukkan bahawa panduan guru yang sistematik dan lengkap dalam Bahasa Melayu
               perlu bagi pelaksanaan pedagogi berasaskan aktiviti di pusat pembelajaran prasekolah.



               Kata  kunci:  pusat  pembelajaran  prasekolah,  analisis  keperluan,  panduan  guru,  merentas
               kurikulum








               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                923
   936   937   938   939   940   941   942   943   944   945   946