Page 945 - e Prosiding Serai 2021
P. 945

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                       Dalam  konteks  pelaksanaan  strategi  pusat  pembelajaran,  kanak-kanak  diberi
               kebebasan memilih ruang yang mereka ingin sertai bagi meneroka aktiviti yang disediakan

               secara  berstruktur  atau  bebas  oleh  guru.  Pelaksanaan  aktiviti  dalam  pusat  pembelajaran
               membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran membaca
               dan menulis serta membina keyakinan diri. Dengan kata lain kanak-kanak boleh berkembang

               secara holistik seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian
               Pendidikan  Malaysia,  2001)  dan  objektif  KSPK  (Kementerian  Pendidikan  Malaysia,  2017),

               Selain itu, kebebasan meneroka di pusat pembelajaran juga selari dengan aspek kompetensi
               pembelajaran  abad  ke-21  yang  meliputi  kemahiran  6C  (critical  thinking,  creative  thinking,
               collaboration, character, communication dan citizenship) seperti yang disebutkan oleh Fullan

               dan Scott (2014) serta mampu meningkatkan kecerdasan pelbagai (Gardner, 1983) kanak-
               kanak.

                       Secara ironinya, di sebalik kesemua kepentingan dan kebaikan pusat pembelajaran
               yang telah dihujahkan, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kajian lepas yang telah
               dijalankan  juga  mendapati  amalan  pedagogi  guru  kurang  menggalakkan  pelajar  terlibat

               dengan pemikiran aras tinggi (Nor Asniza, 2015). Malahan dapatan kajian oleh Mohd Nazri
               dan Wan Nurul Baizura (2018) dan  Noor Azman, Mazlina dan Hamidah, (2020) bukanlah satu
               perkara  yang  boleh  dipandang  ringan.  Apatah  lagi  jika  berkaitan  dengan  masalah

               pengetahuan dan kemahiran guru seperti yang dinyatakan oleh Rosmah dan Mariani (2020)
               di  mana  masalah  pengetahuan  dan  kemahiran  tersebut  telah  menyebabkan  guru  sukar
               membuat  adaptasi  bagi  memenuhi  matlamat  dan  objektif  KSPK  Semakan  2017.  Inilah

               signifikan yang menjadikan kajian ini dijalankan.


               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Data dikutip
               menggunakan instrumen soal selidik yang dibina sendiri oleh kumpulan pengkaji dan telah

               melalui  pengesahan  pakar  untuk  kesahan  kandungan  dan  melalui  analisis  Cronbach  Alfa
               dengan nila Alfa 0.91 untuk ujian kebolehpercayaan. Soal selidik diedarkan kepada 945 orang

               guru  prasekolah  zon  Timur  dan  Utara  sebagai  responden  dan  ditadbirkan  menggunakan
               google  form  untuk  mendapatkan  data  memandangkan  pertemuan  secara  fizikal  adalah
               mustahil  pada  waktu  pandemik  yang  masih  berlangsung  hingga  sekarang.  Soal  selidik

               dianalisis menggunakan statistik deskriptif menggunakan frekuensi dan peratusan.









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                927
   940   941   942   943   944   945   946   947   948   949   950