Page 942 - e Prosiding Serai 2021
P. 942

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Istilah pusat pembelajaran bukan merupakan satu perkara saing dalam kalangan guru-guru

               prasekolah,  tanpa  mengira  sama  ada  anjuran  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM),
               Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN)

               atau penganjur Yayasan Kemajuan Negeri dan juga tadika swasta. Hal ini kerana semenjak
               Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) diperkenalkan
               sehingga pembangunan KSPK mula dilaksanakan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010),

               sudut-sudut  pembelajaran  sudah  dilaksanakan  di  prasekolah.  Namun  demikian,  cara
               pelaksanaannya amat berbeza berbanding pusat pembelajaran.
                       Pusat pembelajaran di prasekolah merupakan ruang pembelajaran yang diwujudkan

               untuk  membolehkan  murid  prasekolah  meneroka  pembelajaran  secara  kendiri.  Pusat
               pembelajaran  perlu  dilengkapi  dengan  bahan  dan  peralatan  yang  sesuai  untuk  murid
               melakukan aktiviti secara berstruktur atau bebas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).

               Terdapat perbezaan di antara pusat pembelajaran dengan ruang pembelajaran biasa di mana
               dalam  pusat  pembelajaran  sepatutnya  memberi    kanak-kanak  lebih  autonomi  untuk

               mengendalikan  aktiviti  mereka  secara  kendiri  (Kementerian  Pendidikan  Malaysia,  2017).
               Kanak-kanak juga dibenarkan membuat pilihan terhadap pusat pembelajaran yang mereka
               gemari bagi menjalankan aktiviti tertentu.

                       Penggunaan  pusat  pembelajaran  diaktifkan  bermula tahun  2017  apabila  Kurikulum
               Standard  Prasekolah  Kebangsaan  (KSPK)  disemak  semula  (Kementerian  Pendidikan

               Malaysia,  2017).  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan  Pentaksiran  (DSKP)  Semakan  2017
               KSPK dan Garis Panduan Pengurusan Prasekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018)
               dengan jelas mencatatkan keperluan mewujudkan pusat pembelajaran di prasekolah untuk

               menggalakkan pembelajaran dan penerokaan kendiri murid prasekolah.
                       Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK, KPM)
               telah  menyebarluas  strategi  pembelajaran  menggunakan  pusat  pembelajaran  semenjak

               Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  disemak  semula  (Kementerian  Pendidikan
               Malaysia, 2017). Latihan telah diberikan melalui jurulatih utama negeri (JU) kepada semua
               lapisan guru prasekolah termasuk prasekolah KPM, prasekolah organisasi dan prasekolah

               swasta.


                       Walaupun  penggunaan  pusat  pembelajaran  di  prasekolah  sudah  digiatkan
               penggunaannya sejak tahun 2017 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017), masih ramai
               guru  prasekolah  yang  tidak  menguasai  sepenuhnya  pelaksanaan  strategi  pembelajaran

               menggunakan  pusat  pembelajaran  di  prasekolah.  Malahan  hal  ini  masih  berlaku  dalam







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                924
   937   938   939   940   941   942   943   944   945   946   947