Page 943 - e Prosiding Serai 2021
P. 943
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kalangan guru berpengalaman yang telah mengajar lebih 10 tahun di prasekolah (Mohd Nazri
& Wan Nurul Baizura. 2018).
Berkait dengan permasalahan yang dinyatakan di atas, isu pengetahuan dan
kemahiran guru juga dilihat menjadi satu perkara yang perlu diberi tumpuan dalam
pelaksanaan aktiviti berdasarkan strategi pusat pembelajaran. Seperti mana dapatan kajian
Rosmah dan Mariani (2020), tahap pemahaman guru merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi guru dalam membuat adaptasi bagi memenuhi matlamat dan objektif KSPK
Semakan 2017. Kajian oleh Noor Azman, Mazlina & Hamidah (2020) pula mendapati guru
prasekolah tidak menggunakan sebarang dokumen sebagai panduan untuk membantu
mengurus persekitaran fizikal bilik darjah prasekolah supaya lebih berkesan terhadap
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, walaupun dalam kalangan mereka yang telah
mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun mengajar.
Bertitik tolak daripada isu ini kajian yang dijalankan berfokus kepada mengenal pasti
pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti berdasarkan strategi pusat
pembelajaran, Selain daripada itu kajian ini juga ingin menentukan sama ada guru-guru
memerlukan satu dokumen berbentuk modul atau panduan bagi melaksanakan aktiviti
menggunakan strategi pusat pembelajaran di prasekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
1. Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti
berdasarkan strategi pusat pembelajaran.
2. Menentukan sama ada guru-guru prasekolah memerlukan panduan guru atau modul
bagi melaksanakan aktiviti berdasarkan strategi pusat pembelajaran.
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini adalah:
1. Adakah guru-guru prasekolah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
melaksanakan aktiviti berdasarkan strategi pusat pembelajaran?
2. Adakah guru-guru prasekolah memerlukan panduan guru atau modul bagi
melaksanakan aktiviti berdasarkan strategi pusat pembelajaran?
SOROTAN LITERATUR
Kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan meneroka. Seperti yang dinyatakan oleh
Chiam (2014), mendapat pendidikan yang baik bukan satu keistimewaan tetapi hak yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 925

