Page 98 - e Prosiding Serai 2021
P. 98
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAJIAN TINDAKAN KOMPETENSI PENULISAN KARANGAN
Abdul Muhen bin Abdul Mohssin
Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah Darul Aman
atan_mm@yahoo.com
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran
menulis karangan terutamanya karangan respons terbuka yang merupakan satu komponen
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 Sijil Nokasional Malaysia (SVM). Sampel kajian
melibatkan seramai 27 orang pelajar program Teknologi Kimpalan Tahun 2 (SVM). Saya
memfokuskan kepada penulisan karangan respons terbuka. Tinjauan awal yang dilakukan
melalui ujian pra iaitu Keputusan Penilaian Akhir 2020 subjek Bahasa Melayu SVM (1104)
dengan ketara menunjukkan bahawa pelajar lemah dalam penulisan karangan terutamanya
karangan berbentuk respons terbuka. Oleh itu, melalui tinjauan awal didapati pelajar
menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal di
dalam kelas. Sehubungan dengan itu, Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus
Mudah Matematik diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu kaedah atau pendekatan untuk
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi mereka terutama dalam penulisan karangan
respons terbuka. Penyelidikan juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan
pendekatan berfokus iaitu teknik penulisan karangan mengikut rumus mudah matematik yang
diperkenalkan, dan didapati bahawa penguasaan kemahiran pelajar dalam penulisan
karangan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Para pelajar tersebut
lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai
kemahiran menulis karangan dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu di peringkat
SVM (1104). Tambahan pula, Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras
pada peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM), dan pelajar perlu mendapat sekurang-
kurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (1104) untuk membolehkan pelajar Kolej
Vokasional peringkat sijil meneruskan pengajian pada peringkat diploma.
Kata kunci: karangan respons terbuka, masalah pembelajaran pasif, pelan tindakan
berdasarkan pendekatan berfokus, mata pelajaran teras
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 80

