Page 99 - e Prosiding Serai 2021
P. 99
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Era globalisasi telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi pembelajaran pelajar
(Arifin, 2003). Dalam hal ini, mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam menghadapi
cabaran alaf baru, cabaran dunia siber dan Pendidikan Alaf Ke-21 (PAK) yang semuanya
dapat dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu
perkembangannya kesan ledakan maklumat merentasi sempadan negara. Lantaran itu, iklim
pembelajaran pelajar yang berkesan dan harmonis perlu difikirkan bagi mencapai
kecemerlangan pendidikan. Namun demikian, perkara yang membimbangkan ialah aspek
kemerosotan kualiti pembelajaran pelajar dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) atau Pembelajaran di Rumah (PdPR) pelajar berdasarkan pencapaian pelajar dalam
penulisan karangan sehingga menjejaskan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Melayu
peringkat SVM. Sehubungan dengan itu, Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus
Mudah Matematik diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu kaedah atau pendekatan untuk
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi mereka terutama dalam penulisan karangan
respons terbuka.
KUMPULAN SASARAN
Penyelidikan ini melibatkan 27 orang pelajar program Teknologi Kimpalan Semester 3 (Sijil
Vokasional Malaysia) Kolej Vokasional Alor Setar. Keseluruhan kebolehan pelajar daripada
program ini adalah pada tahap lemah, sederhana dan baik. Lazimnya, dalam program
berkenaan, terdapat beberapa orang pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran
khususnya masih tidak menguasai kemahiran menulis karangan respons terbuka dengan baik.
Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk menangani masalah tersebut agar memudahkan
saya untuk menghasilkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kumpulan
sasaran saya.
LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN
Kajian oleh penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993 mendapati 12.6
peratus daripada 20 000 orang pelajar di sekolah biasa menghadapi masalah pembelajaran
(Amin Salleh, Mahiran Abu Amin & Faridah Abu Hassan,2002). Menurut Rozita Sahimin
(2000), selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan
peperiksaan yang kurang memuaskan. Selain itu, terdapat pelajar yang memperlihatkan ciri-
ciri kesukaran berbahasa, membaca, menulis dan tahap tumpuan yang terhad di samping
rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa. Kajian oleh
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 81

