Page 100 - e Prosiding Serai 2021
P. 100
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Abdul Rasid Jamian (2011) telah mendedahkan pengaruh faktor-faktor yang tertentu
mewujudkan masalah dalam menguasai kemahiran pelajar. Kelemahan menguasai
kemahiran tertentu menjadikan pelajar berasa rendah diri, tidak suka belajar dan masalah
disiplin diri merosot. Para pelajar ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma
amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan.
METODOLOGI PENYELIDIKAN
Metodologi inovasi yang digunakan adalah seperti berikut:
1. Pemerhatian
2. Ujian Pra
3. Tindak Balas Dalam Aktiviti Pembelajaran
4. Semakan Latihan Bertulis
5. Ujian Pasca
TEORI PENYELIDIKAN
Penyelidikan ini menggunakan ‘Teori Pembelajaran Kognitif’ berpandukan ‘Pendekatan
Berfokus’ yang ditekankan dalam penulisan karangan. Penggunaan bahan rangsangan
yang berbentuk soalan berpandu dan contoh jawapan dalam penulisan karangan
berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme dan Teori Gestalt. Berdasarkan Teori Kognitif
Behaviorisme, manusia menyedari bahawa rangsangan akan menyebabkan gerak balas. Oleh
hal yang demikian, manusia sentiasa melihat rangsangan sebagai sesuatu yang perlu diberi
tindakan menurut perspektif yang sesuai berdasarkan persepsi, pengalaman, persekitaran
atau apa-apa sahaja yang berkaitan. Hal ini bermakna, tingkah laku manusia berasaskan
pengetahuan atau pemikiran mereka tentang sesuatu situasi (rangsangan) yang
menyebabkan sesuatu perubahan tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, dalam situasi
penyelidikan ini rangsangan berlaku pelajar bertindak balas berdasarkan bahan dalam modul
pendekatan berfokus sehingga mewujudan gerak balas kognitif. – sila rujuk Rajah 1 pada
Lampiran 1
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 82

