Page 1030 - e Prosiding Serai 2021
P. 1030
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Hal ini penting supaya kesinambungan generasi akan datang tidak terjejas (Okogbaa, 2017).
Bagi menghadapi cabaran ini, Malaysia telah merangka pelbagai dasar dalam sektor
pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai
bidang (Badrul Hisham & Mohd Nasruddin, 2016). Perkara ini selari dengan hasrat mulia
negara ke arah menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang (Norazilawati et al 2014).
Justeru itu, sebagai pendokong utama sistem pendidikan, warga pendidikan perlu
mempersiapkan diri dengan kemahiran terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
abad ke-21. Hal ini kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang
dirancang oleh Kerajaan (Fazilah, 2020. Pendidikan abad ke 21 merupakan satu penanda
aras yang sangat hebat dalam dunia pendidikan negara. PdP abad ke-21 juga merupakan
antara aspirasi KPM dalam membangunkan kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan
konteks tempatan dan bagi menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat
antarabangsa (Badrul Hisham & Mohd Nasruddin, 2016).
Perkara ini kerana dalam menghadapi cabaran globalisasi murid perlu dilengkapi
dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh. Oleh sebab itu guru-guru perlu bersedia
melaksanakan PdP abad ke-21. Guru perlu menguasai ilmu serta dapat menerapkan
kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid. Guru juga perlu menghadapi pelbagai cabaran
terutama untuk menguasai banyak kemahiran PdP abad ke-21. Sehubungan dengan itu
kesediaan dan kefahaman guru adalah faktor penting dalam pelaksanaan PdP abad ke 21.
Lantaran itu kajian ini amat sesuai dijalankan untuk mengetahui amalan PdP abad ke-21 guru-
guru sekolah dari aspek kemahiran komunikasi, kemahiran refleksi, kemahiran kolaboratif,
kemahiran pentaksiran, penyelesaian masalah, kemahiran teknologi, kreativiti dan kemahiran
inovasi.
SOROTAN LITERATUR
Terdapat banyak kajian berkaitan amalan PdP abad ke-21 telah dilaksanakan. Namun begitu
kajian terdahulu lebih memfokuskan hanya satu kemahiran PdP abad ke-21 dalam kajian
mereka. Kajian-kajian yang telah dijalankan ialah kajian berkaitan kemahiran komunikasi
(Aimi Hafizah, 2017), kemahiran refleksi (Bozkurt & Yetkin-Ozdemir, 2018; Murphy, 2016),
kemahiran kolaboratif (Nor'ain et. al., 2015), penyelesaian masalah (Mwei, 2017), Kemahiran
pentaksiran (Chitsonga, 2015), kemahiran teknologi (Hayatun, 2015 ; Siti Zaleha & Siti
Mistima, 2017 ), kreativiti (Tee Yueh Jiuan, 2007), kemahiran inovasi ( Aini Hayati, 2013;
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1009

