Page 1119 - e Prosiding Serai 2021
P. 1119

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               balas  bagi  setiap  item  yang  menunjukkan  kecenderungan  mengamalkan  gaya  didikan
               permisif adalah sangat rendah iaitu antara 28.7%-1.7% (jadual 2). Gaya didikan autoritatif

               telah menjadi pilihan ibu bapa masa kini. Kecenderungan ibu bapa dalam mengamalkan gaya
               didikan autoritatif boleh membantu anak-anak cemerlang dalam pembelajaran mereka. Anak-
               anak akan lebih menguasai pembelajaran, mempunyai keyakinan dan konsep kendiri yang

               tinggi serta lebih bermotivasi. Kajian-kajian yang telah dijalankan juga mendapati bahawa ibu
               bapa  yang  bersungguh-sungguh  dalam  mendidik  anak-anak  dengan  menyediakan

               persekitaran  pembelajaran  yang  positif  di  rumah  boleh  memberi  pengaruh  kepada
               kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak serta penghargaan kendiri mereka (Johan
               dan Nazeri, 2010; Ismail et.al, 2016; Loganathan dan Gopal, 2015; Inam et,al. 2016).

                       Namun,  terdapat  juga  ibu  bapa  yang  agak  tegas  dan  mendesak  terhadap
               pembelajaran anak-anak seperti memarahi anak apabila mendapati dia meniru atau memaksa

               anak  untuk menghantar  tugasan mengikut masa  yang  telah  ditetapkan  tanpa mengetahui
               keupayaan dan kebolehan anak-anak (item 2 dan 5 daripada jadual 1). Gaya didikan sebegini
               tergolong dalam gaya autoritarian, tetapi, ia menjadi salah satu gaya yang turut diamalkan

               oleh sebilangan besar ibu bapa. Perbuatan meniru jawapan atau tidak mematuhi masa yang
               telah ditetapkan menjadi tingkah laku tidak berdisiplin bagi ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa
               sebaiknya cuba untuk mendekati anak-anak mereka dan mengenal pasti permasalahan yang

               dihadapi  oleh  mereka  terlebih  dahulu  sebelum  terus  bersikap  kasar  dan  mendesak.
               Penyelesaian  masalah  perlu  dibincang  bersama  anak-anak  supaya  mereka  turut  berasa
               bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan. Anak-anak juga akan belajar untuk

               membuat  refleksi  bukan  sahaja kepada  aspek pembelajaran malah terhadap  tingkah  laku
               mereka juga. Menurut Nufa (2020), ahli psikologi ada membincangkan tentang gaya didikan

               autoritatif dolphin yang merujuk kepada badan ikan lumba-lumba iaitu asuhan ibu bapa yang
               agak  tegas  tetapi  fleksibel.  Gaya  asuhan  ini  menurut  beliau  masih  wujud  peraturan  dan
               hukuman yang tertentu ditetapkan untuk anak-anak, tetapi dalam masa yang sama anak-anak

               mempunyai  ruang  untuk  memberi  pandangan  mengenai  perkara  tertentu.  Walau
               bagaimanapun, tidak semua pandangan anak-anak akan diterima oleh ibu bapa, namun anak-

               anak akan belajar melalui pemahaman seperti dari perbincangan dan role modelling.
                       Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan hanya segelintir sahaja ibu bapa yang
               mengamalkan gaya didikan permisif  (jadual 2) iaitu sikap ibu bapa yang lebih santai terhadap
               pembelajaran  anak-anak  dan  hanya  akan  bertindak  sekiranya  ada  masalah  serius  yang

               berlaku. Gaya permisif ini dikatakan sebagai lebih bersikap terbuka dan bebas kepada anak-
               anak. Jarang berlaku konflik antara ibu bapa dengan anak-anak dalam gaya didikan permisif

               ini kerana ibu bapa lebih menjaga emosi anak-anak. Hal ini akan membentuk tingkah laku
               yang tidak konsisten dan keliru kepada anak-anak. Ibu bapa permisif tidak memupuk sikap
               bertanggungjawab dalam diri anak-anak, malah anak-anak akan berasa terlalu bebas untuk


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1097
   1114   1115   1116   1117   1118   1119   1120   1121   1122   1123   1124