Page 1123 - e Prosiding Serai 2021
P. 1123
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA PENCETUS PERUBAHAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SISWA GURU BAHASA MELAYU KE
ARAH RI4.0 : SATU KAJIAN KES
Nor Rul Azlifah binti Zulkafali
IPG Kampus Bahasa Melayu
norrulazlifah@ipgkbm.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di salah sebuah kampus IPGK iaitu IPG Kampus Bahasa Melayu .
Perubahan dalam sistem pendidikan pada masa kini perlu dilakukan seiring dengan
perubahan dunia semasa pelbagai aspek. Hal ini kerana pendidikan adalah tunjang utama
dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini termasuklah dalam pendidikan guru bahasa
Melayu. Justeru, kajian dilakukan untuk mendapatkan informasi penilaian pelaksanaan
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang dilaksanakan di IPG Kampus
Bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan perubahan ke arah pelaksanaan PdP dengan
elemen KPPB telah memberikan ruang penyebaran ilmu yang lebih luas kepada para
pensyarah dan pelajar. Hasil kajian ini juga jelas membuktikan pelaksanaan KPPB mampu
membawa perubahan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk seimbang dan
selari dengan perkembangan RI4.0. Seterusnya hasil pelaksanaan KPPB pensyarah dan
pelajar telah memberikan respon yang memberangsangkan dan menyatakan banyak
perkongsian ilmu yang diperoleh melalui pelbagai medium pembelajaran digital dan media
interaktif masa kini.
Kata kunci: Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), Revolusi Industri 4.0
(RI4.0).
PENGENALAN
Amalan pedagogi adalah berasaskan teori-teori serta memberi tumpuan kepada proses yang
berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan dipengaruhi perkembangan dan
kemajuan teknologi, pedagogi turut berkembang sejajar dengan pembangunan pendidikan
global (Olga,Vasile, Catalano, 2016). Pengenalan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB) yang berfokus kepada komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis kreativiti, sahsiah
dan kenegaraan merupakan satu pendekatan yang perlu diperluaskan. KPPB menekankan
asas kepada amalan pedagogi terkini, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan
persekitaran pembelajaran. Matlamat pedagogi adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1101

