Page 1124 - e Prosiding Serai 2021
P. 1124

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dapat memperoleh dan mengembangkan pengetahuan dan pengalaman kepada masyarakat
               dengan  cara  yang  aktif,  bertanggungjawab  dan  membinaJusteru  adalah  menjadi  satu

               kemestian institusi pendidikan termasuk IPG mengamalkan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
               Bermakna (KPPB) bagi meningkatkan kualiti pelajar.
                      Perkembangan  sistem  pendidikan  perlu  selari  dengan  perubahan  semasa  yang

               berlaku terutama dalam era Revolusi Industri 4.0 (RI4.0). Dalam Dasar RI4.0 negara yang
               telah dilancarkan pada tahun 2021, mensasarkan pada tahun 2030 semua guru dilatih untuk

               menerima guna teknologi RI4.0 dalam pengajaran dan pembelajaran           (Jabatan Perdana
               Menteri, 2021). Pelaksanaan KPPB merupakan salah satu daripada usaha untuk mencapai
               sasaran tersebut kerana elemen yang mendasari KPPB menuju ke arah mencapai matlamat

               Dasar  RI4.0  Negara.  Justeru  pemilihan  pendekatan  yang  sesuai  untuk  membolehkan
               berlakunya pembelajaran bermakna supaya dapat menyokong hasrat RI4.0 sangatlah perlu

               dititikberatkan.

               Tujuan

               Kajian ini bertujuan kajian dilakukan sebagai maklumbalas pelaksanaan Kapasiti Pedagogi
               Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru.


               Objektif Kajian
                   1.  Mengenalpasti  pelaksanaan  KPPB  yang  dilaksanakan  dalam  Pengajaran  dan
                       pembelajaran.

                   2.  Mengesan  perbezaan  pelaksanaan  PdP  sebelum  dan  selepas  pelaksanaan  KPPB
                       pensyarah  dan  pelajar  Program  Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan  Bahasa  Melayu

                       terhadap pelaksanaan KPPB.

               Soalan kajian

                   1.  Sejauhmanakah  pelaksanaan  KPPB  berjaya  dilaksanakan  dalam  Pengajaran  dan
                       Pembelajaran?

                   2.  Adakah  terdapat  perbezaan  pelaksanaan  PdP  sebelum  dan  selepas  pelaksanaan
                       KPPB  terhadap  amalan  pensyarah  dan  pelajar  Program  Ijazah  Sarjana  Muda
                       Perguruan Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KPPB?.


               Kepentingan Kajian
               Amalan  KPPB  ini  tidak  boleh  diketepikan  kerana  bakal  guru  yang  akan  memberikan  ilmu

               kepada  murid-murid  yang  akan  berdepan  dengan  cabaran  RI4.0.  Kepentingan  kajian  ini
               sudah tentu sebagai syor untuk Kementerian Pendidikan Malaysia mengenal pasti keperluan
               siswa guru IPG dan pensyarah berkaitan amalan pedagogi masa kini serta merangka pelan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1102
   1119   1120   1121   1122   1123   1124   1125   1126   1127   1128   1129