Page 1158 - e Prosiding Serai 2021
P. 1158

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Pemahaman seseorang individu tentang sesuatu maklumat yang disampaikan kepadanya,

               sama ada maklumat dalam bentuk penulisan ataupun percakapan, sangat dipengaruhi oleh
               pengetahuan  dan  penguasaannya  terhadap  bahasa  yang  digunakan  dalam  penyampaian

               maklumat tersebut. Jika seseorang individu tidak mengetahui bahasa yang digunakan dalam
               sesuatu  maklumat  yang  diberikan,  maka  individu  tersebut  telah  gagal  untuk  memperoleh
               makna yang terkandung dalam maklumat tersebut. Selain itu, komunikasi antara dua atau

               lebih  daripada  dua  pihak  tidak  akan  berkesan  jika  terdapat  pihak  yang  tidak  menguasai
               bahasa  yang  digunakan  dalam  komunikasi  tersebut.  Dua  penutur  bahasa  yang  berbeza
               tersebut  mungkin  akan  mengalami  kekeliruan  jika  kedua-duanya  menggunakan  bahasa

               masing-masing ketika berkomunikasi. Sebaliknya, jika kedua-duanya menggunakan bahasa
               yang saling difahami, maka tidak timbul masalah untuk memahami inti perbualan tersebut.
                       Setiap  individu  sudah  pasti  menguasai  sekurang-kurangnya  satu  bahasa  dalam

               kehidupannya. Bahasa yang paling dikuasai oleh setiap individu ialah bahasa ibundanya atau
               juga  dikenali  sebagai  bahasa  pertama.  Pemerolehan  bahasa  pertama  berlaku  melalui

               persekitaran kanak-kanak seperti orang tua, rakan seusia dan komuniti tempat tinggal kanak-
               kanak tersebut. Dalam kajian ini, sampel kajian dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran
               yang menggunakan bahasa Iban. Oleh sebab itu, sampel kajian telah menguasai bahasa Iban

               sebagai bahasa pertama.
                       Dalam  aspek  kehidupan  seperti  pendidikan,  penguasaan  bahasa  kedua  menjadi

               sangat  penting  kepada  pelajar  jika  sistem  pendidikan  yang  diamalkan  di  negara  pelajar
               tersebut tidak menggunakan bahasa ibundanya sebagai bahasa pengantar. Pelajar Iban yang
               telah menguasai bahasa Iban sebagai bahasa pertama perlu menguasai bahasa Melayu juga

               sebagai bahasa kedua kerana sistem pendidikan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu
               sebagai bahasa pengantar ilmu. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bukan sahaja
               digunakan di peringkat sekolah, tetapi juga di peringkat universiti. Bagi subjek bahasa Melayu,

               bahasa  yang  digunakan  oleh  guru  sepanjang  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)
               berlangsung di dalam kelas sudah semestinya ialah bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pelajar
               Iban  perlu  berusaha  dengan  lebih  gigih  daripada  pelajar  Melayu  untuk  memahami  mata

               pelajaran yang diajar dalam bahasa Melayu, terutamanya bagi mata pelajaran bahasa Melayu
               itu sendiri.

                       Banyak kajian  yang telah  dilakukan membuktikan  bahawa  bahasa  pertama sangat
               mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
               bahasa  kedua  apabila  mempelajari  bahasa  yang  baharu  seperti  kesalahan  struktur  ayat.

               Selain itu, pelajar bahasa kedua juga cenderung untuk menterjemah ayat daripada bahasa





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1136
   1153   1154   1155   1156   1157   1158   1159   1160   1161   1162   1163