Page 1157 - e Prosiding Serai 2021
P. 1157
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
HUBUNGAN ANTARA FAKTOR DAN KESAN PENGGUNAAN BAHASA IBAN DALAM
PENERANGAN GURU BAHASA MELAYU
1
Heseha Sawal , Norfaizah Abdul Jobar , Basyirah Husna Badrol Isham , Norhidayah
3
2
4
Hisyam , Nur Farahkhanna Mohd Rusli 5
1,2,3,4,5 Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 UPSI
Tanjong Malim, Perak Malaysia
norfaizah.aj@fbk.upsi.edu.my
ABSTRAK
Penggunaan bahasa ibunda pelajar bahasa kedua dalam pengajaran bahasa Melayu
merupakan satu kaedah untuk membolehkan pelajar lebih memahami penerangan guru. Oleh
itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis kesan penggunaan bahasa Iban dalam
penerangan guru bahasa Melayu terhadap sikap pelajar Iban dalam mempelajari bahasa
Melayu; menganalisis faktor penggunaan bahasa Iban dalam penerangan guru bahasa
Melayu yang dapat meningkatkan motivasi pelajar Iban untuk mempelajari bahasa Melayu;
dan menjelaskan hubungan antara faktor dan kesan penggunaan bahasa Iban dalam
penerangan guru bahasa Melayu. Seramai 30 orang pelajar Iban UPSI dipilih sebagai
responden kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Instrumen kajian
yang digunakan ialah soal selidik. Item-item soal selidik terbahagi kepada konstruk sikap dan
motivasi. Data soal selidik dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferens dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Iban memberi kesan positif terhadap sikap dan
motivasi pelajar Iban UPSI untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Item-
item yang berkaitan dengan sikap pelajar Iban telah mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu
4.28. Item-item yang berkaitan dengan faktor penggunaan bahasa Iban juga mencatatkan
skor min yang tinggi, iaitu 4.30. Hasil ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara faktor dan kesan penggunaan bahasa Iban dalam penerangan guru
bahasa Melayu, iaitu 0.987 dengan nilai sig=0.000 (p<0.05). Keadaan ini menunjukkan
bahawa faktor penggunaan bahasa Iban dalam penerangan guru bahasa Melayu memberi
kesan terhadap sikap dan motivasi pelajar Iban untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Kesimpulannya, kajian ini diharap dapat mendedahkan kepentingan
penggunaan bahasa ibunda dalam menguasai bahasa kedua.
Kata kunci: pandangan, sikap, motivasi, bahasa Iban, penerangan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1135

