Page 1161 - e Prosiding Serai 2021
P. 1161
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Kesan Penggunaan Bahasa Iban dalam Penerangan Guru Bahasa Melayu terhadap
Sikap Pelajar Iban UPSI dalam Mempelajari Bahasa Melayu
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Iban dalam penerangan
guru bahasa Melayu memberi kesan positif terhadap sikap pelajar Iban UPSI dalam
mempelajari bahasa Melayu. Kesemua 13 item yang berkaitan dengan sikap pelajar Iban
UPSI ini masing-masing telah mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu melebihi nilai empat.
Purata untuk keseluruhan skor min untuk bahagian ini juga adalah tinggi, iaitu 4.28.
Antara sikap positif yang ditunjukkan oleh pelajar Iban UPSI ialah sikap berasa
seronok untuk mempelajari bahasa Melayu. Perasaan seronok boleh membuatkan pelajar
tidak berasa jemu atau tidak bosan untuk mengikuti sesi PdP yang sedang dijalankan. Selain
itu, penggunaan bahasa Iban memudahkan pelajar untuk memahami dan seterusnya
mengingati isi penerangan guru. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang individu lebih
mudah untuk memproses sesuatu maklumat apabila maklumat tersebut disampaikan dalam
bahasa ibunda.
Faktor Penggunaan Bahasa Iban dalam Penerangan Guru Bahasa Melayu yang dapat
Meningkatkan Motivasi Pelajar Iban untuk Mempelajari Bahasa Melayu
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Iban dalam penerangan
guru bahasa Melayu dapat mempengaruhi motivasi pelajar Iban untuk mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Empat belas item dalam soal selidik yang berkaitan
dengan perkara ini masing-masing mencatatkan skor min yang tinggi, iaitu melebihi nilai
empat. Purata keseluruhan skor min bagi kesemua item tersebut juga adalah tinggi, iaitu 4.30.
Kemahiran guru bahasa Melayu menggunakan bahasa Iban, lebih-lebih lagi semasa
memberi penerangan di dalam kelas menjadi salah satu sebab pelajar Iban mempunyai
motivasi untuk mempelajari bahasa Melayu. Secara tidak langsung, guru bahasa Melayu
tersebut membuktikan bahawa seseorang individu boleh menguasai banyak bahasa selain
daripada bahasa ibunda. Selain itu, pelajar Iban bermotivasi untuk mempelajari bahasa
Melayu jika mereka memahami penerangan yang diberikan oleh guru. Motivasi pelajar rendah
apabila mereka gagal memahami perkara yang diterangkan. Oleh sebab itu, guru bahasa
Melayu perlu menggunakan satu alternatif, iaitu penggunaan bahasa ibunda untuk
meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar Iban supaya mereka lebih bermotivasi untuk
mempelajari bahasa Melayu.
Persamaan beberapa aspek antara bahasa Melayu dan bahasa Iban juga boleh
menjadi sebab pelajar Iban bermotivasi untuk menguasai bahasa Melayu. Persamaan antara
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1139

