Page 1160 - e Prosiding Serai 2021
P. 1160

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Pormalu et al. (2017) menunjukkan bahawa pelajar yang bukan penutur jati bahasa Melayu
               mempunyai sikap yang positif untuk mempelajari bahasa Melayu. Kajian tersebut mempunyai

               persamaan dengan kajian ini, kecuali sampel kajian dalam kajian ini ialah pelajar Iban. Kajian
               Norlida Razali (2018) juga berkaitan tentang sikap positif yang mempengaruhi pembelajaran
               bahasa yang baharu. Walaupun kajian tersebut sedikit berbeza, iaitu mengkaji pembelajaran

               bahasa ketiga, namun pembelajaran bahasa yang baharu sama ada bahasa tersebut ialah
               bahasa kedua ataupun bahasa ketiga, masih lagi dipengaruhi oleh bahasa pertama. Selain

               itu,  kajian  Nasywa  Muhammad  Ariff  Bakhtiar  dan  Norasyikin  Osman  (2019)  mempunyai
               persamaan dengan kajian ini kerana kajian mereka berkaitan dengan pandangan, minat dan
               motivasi dalam mempelajari bahasa kedua.


                       Kajian  Ilangko  Subramaniam,  Noorulafiza  Abdul  Muthalib  dan  Siti  Nor  Hamahida

               Zainal  (2014)  sangat  berkait  rapat  dengan  kajian  ini  kerana  membuktikan  bahawa
               penggunaan  bahasa  Iban  sangat  efektif  untuk  meningkatkan  prestasi  pelajar  dalam
               pengajaran  guru  yang  menggunakan  bahasa  kedua.  Namun  begitu,  kajian  tersebut  tidak

               menyentuh kesan penggunaan bahasa Iban terhadap sikap dan motivasi pelajar Iban untuk
               mempelajari bahasa Melayu.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian  ini  menggunakan  kaedah  kuantitatif.  Seramai  30  orang  pelajar  Iban  di  Universiti

               Pendidikan  Sultan  Idris  dipilih  sebagai  responden  dengan  menggunakan  kaedah
               persampelan  bertujuan.  Instumen  kajian  yang  digunakan  ialah  borang  soal  selidik  yang
               mengandungi  36  item,  dan  terbahagi  kepada  tiga  bahagian,  iaitu  Bahagian  A  (demografi

               responden), Bahagian B (konstruk sikap), dan Bahagian C (konstruk motivasi). Semua item
               dijawab dengan menggunakan skala Likert, iaitu setuju, sangat setuju, tidak pasti, tak setuju,
               dan sangat tidak setuju. Soal selidik dibuat dalam bentuk Google Form dan diedarkan kepada

               responden  secara  dalam  talian.  Data  dianalisis  secara  statisktik  deskriptif  dan  statistik
               inferens dengan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk mendapatkan

               kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan nilai korelasi. Min untuk setiap item dan purata
               keseluruhan min untuk setiap bahagian dinterpretasi berdasarkan jadual interpretasi skor min
               oleh Nunnally Bernstein (1994).

               Jadual 3.1
               Interprestasi Skor Min Nunnally dan Bernstein (1994)
                                 Skor Min                               Interprestasi
                                 1.00 - 2.00                               Rendah
                                 2.01 - 3.00                         Sederhana rendah
                                 3.01 - 4.00                          Sederhana tinggi
                                 4.01 - 5.00                               Tinggi
                                                 (Sumber: Nooraini Kasturi dan Jamaludin Badusah, 2017)


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1138
   1155   1156   1157   1158   1159   1160   1161   1162   1163   1164   1165