Page 1165 - e Prosiding Serai 2021
P. 1165
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENCAPAIAN KEMAHIRAN MENULIS BERDASARKAN KSBM BAGI GURU-GURU
BUKAN OPSYEN BAHASA MELAYU
1 Dr. Hasnah binti Awang, Shamsudin Abu Bakar, Siti Salamah binti Mohamad
3
2
4
Yusof & Zawahir bin Ismail
1,2 Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
3 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
4 Institut Aminuddin Baki
hasnah@ipgmipoh.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti pencapaian guru-guru bahasa Melayu bukan opsyen
yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah. Kajian yang dijalankan ini berdasarkan
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Kemahiran yang menjadi fokus dalam kajian ini
ialah kemahiran menulis Tahap 5 Aras 1 iaitu berupaya untuk mengenal pasti idea yang
bernas dalam penulisan yang berfokus tentang bidang tertentu dan memilih diksi untuk
menghasilkan penulisan cerita yang mengandungi pemikiran tinggi. Penguasaan kemahiran
menulis melibatkan proses pemilihan dan pengolahan bahan secara sistematik. Responden
bagi kajian ini terdiri daripada 14 orang guru dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang
melibatkan PPD Gombak, Hulu Langat, Klang, dan Kuala Langat. Responden tersebut
mempunyai pengalaman mengajar antara 3 hingga 12 tahun di sekolah. Dua set ujian sebagai
alat kajian disediakan mengikut aras pencapaian yang ditetapkan berdasarkan KSBM. Ujian
tersebut digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan
besar gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penilaian tahap pencapaian tersebut.
Kata kunci: Kemahiran Menulis, KSBM, dan bukan opsyen
PENDAHULUAN
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) adalah satu daripada inisiatif memartabatkan
pendidikan bahasa kebangsaan itu yang diletakkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di bawah Kementerian Pendidikan.
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) merupakan satu piawai bahasa untuk
menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.
Terdapat empat objektif utama KSBM antaranya menentukan standard kompetensi bahasa
Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, menentukan standard aras kompetensi
bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu, menjadi rujukan dalam pembinaan
kurikulum pendidikan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan menjadi rujukan bagi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1143

