Page 1166 - e Prosiding Serai 2021
P. 1166
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
membina instrumen penguasaan bahasa Melayu. KSBM yang dibangunkan sebagai rujukan
bagi menghasilkan satu standard untuk menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan
bahasa dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.
KSBM dibina berdasarkan dua dimensi, iaitu penguasaan/pemerolehan bahasa
Melayu dan kemahiran bahasa Melayu. Pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu
adalah berdasarkan tatatingkat unit bahasa, iaitu fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan
wacana. Manakala kemahiran berbahasa Melayu meliputi empat kemahiran, iaitu kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau
maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa,
audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan
secara lebih menyeluruh.
Menurut Paul Jennings (2004) pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah
keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat
untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”
Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping
sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu
membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana
tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah
fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca yang mana kedua-duanya
mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin dilakukan sekiranya tidak ada tulisan
dan begitu juga sebaliknya.
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis dan membaca di sekolah bukanlah
sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari.
Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak-
kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Hal ini tidak membimbangkan kerana
sewaktu mereka menulis mereka juga turut membaca. Menurut Ann Raimes (1983) telah
mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniques In Teaching
Writing, iaitu : Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan
perasaan, memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1144

