Page 1209 - e Prosiding Serai 2021
P. 1209

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Penularan  wabak  covid-19  menyebabkan  berlaku  perubahan  dan  penerimaan  yang  cepat

               dalam  teknik  Pengajaran  dan  Pembelajaran  (PdP)  murid  di  sekolah  daripada  bersemuka
               kepada pembelajaran dalam talian (Ima & Adam, 2020). Kementerian Pendidikan Malaysia

               (KPM)  telah  mengeluarkan  garis  panduan  serta  menyediakan  modul  Pengajaran  dan
               Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang boleh di akses di rumah, pusat komuniti dan banyak
               lagi. Terdapat 3 pendekatan PdPR iaitu (i) pendekatan PdPR dalam talian, (ii) pendekatan

               PdPR luar talian dan (iii) pendekatan PdPR secara off site. Dalam era teknologi digital, fokus
               pengajaran bukan hanya tertumpu kepada bahan bacaan sahaja tetapi kepada pembelajaran
               interaktif.  Setiap  objektif  pengajaran  yang  hendak  dilaksanakan  memerlukan  penggunaan

               Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan (Abdul Halim Masnan (2015).
                       Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran
               guru  membantu  meningkatkan  keberkesanan  PdPR  yang  mana  TMK  telah  menawarkan

               pendekatan baharu bagi murid memperoleh serta menguasai ilmu pengetahuan. Selain itu,
               semua murid perlu belajar dan mempunyai kemahiran TMK. Menurut Mohd Nazri Md Saad

               (2017),  TMK  telah  dibangunkan  pada  tahun  2016  dan  antara  aplikasi  yang  efisien  yang
               digunakan pada masa kini adalah Google Meet, You Tube, live streaming Zoom dan banyak
               lagi. Penggunaan teknologi ini mempengaruhi corak pemikiran murid ke arah yang kreatif dan

               kritis.  Terdapat  banyak  aplikasi  yang  boleh  digunakan  untuk  meningkatkan  pengetahuan
               secara persendirian, pendidikan dan pengurusan (Mohd Nazri Md Saad, 2017).

                   Pembangunan  aplikasi  digital  dalam  bidang  pendidikan  semakin  berkembang  selaras
               dengan perubahan dasar pendidikan negara. Semasa berlalu penularan Covid-19, berlaku
               perubahan dalam penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid melalui pembelajaran atas

               talian. Oleh itu, secara tidak langsung guru dan murid perlu bersedia untuk menggunakan
               TMK dalam PdPR. Walau bagaimanapun, apakah cabaran dalam pelaksanaan PdPR ini?
               Kajian ini menjawab persoalan tersebut berdasarkan 2 objektif di bawah:

                   1.  Mengenal pasti tahap penggunaan aplikasi dalam talian oleh guru dan murid sekolah
                       menengah.
                   2.  Mengenal pasti cabaran penggunaan aplikasi dalam talian guru dan murid sekolah

                       menengah.


               SOROTAN LITERATUR

               Kajian Wiens  et  al.,  (2013)  menjelaskan  bahawa  guru  yang  cemerlang  sentiasa  memberi
               sokongan  dan  motivasi  dalam  bentuk  kognitif,  emosi  dan  sosial  kepada  murid.  Hal  ini

               bermaksud, guru tidak hanya menyampaikan kandungan pengajaran tetapi menyampaikan
               emosi dan menyebarkan kesedaran sosial tentang bidang pengkhususan yang diwakili.  Oleh


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1187
   1204   1205   1206   1207   1208   1209   1210   1211   1212   1213   1214