Page 1210 - e Prosiding Serai 2021
P. 1210

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               yang demikian, kemahiran dan kepakaran guru menggunakan TMK adalah satu bonus bagi
               meningkatkan potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Noor

               Fadzilah  Ab  Rahman  et  al.,  (2017)  menjelaskan  bahawa  penggunaan  TMK  menunjukkan
               kesan    yang  positif   terhadap    minat,   pemahaman    dan   motivasi    murid  dalam    proses
               pembelajaran  yang melibatkan visual.

                       Menurut Adenan Ayob (2015), Kementerian Pendidikan Malaysia memberi ruang dan
               peluang  kepada  guru  sekolah  untuk  meningkatkan  pengetahuan  dan  kemahiran  dalam

               penggunaan TMK. Penyediaan objektif pembelajaran, PdPR yang berkesan dan aktif perlu
               dipertingkatkan agar tiada murid yang tercicir dalam pembelajaran. Selain itu, bebanan tugas
               guru menyebabkan PdPR kurang berkesan. Kelas gabungan yang ramai sekitar 40-70 orang

               menyebabkan  murid  hilang  tumpuan  dan  tidak  berminat  untuk  belajar.  Guru  juga  terikat
               dengan kekurangan masa untuk membuat persediaan mengajar (Norsita, 2014). Murid juga

               berhadapan dengan masalah kekurangan peranti seperti telefon dan komputer untuk belajar
               (Hapini et. al.2020)


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian  ini  menggunakan  kaedah  kualitatif  iaitu  teknik  temu  bual  jenis  separa  berstruktur.
               Kaedah ini memberikan kebebasan kepada penulis untuk bertanyakan soalan tanpa perlu

               terikat dengan soalan-soalan asas yang disediakan dalam protokol temu bual. Soalan yang
               disediakan hanyalah sebagai panduan kepada penulis supaya sesi temu bual yang dijalankan

               mencapai objektif kajian. Kajian ini melibatkan seorang guru dan 2 orang murid di sebuah
               sekolah menengah luar bandar di negeri Pahang. Murid terdiri daripada seorang lelaki dan
               seorang  perempuan.  Teori  kognitif  dipilih  kerana  teori  ini  menekankan  proses  perubahan

               tingkah  laku  dalam  pembelajaran.  Murid  perlu  bersedia  untuk  belajar  dan  melaksanakan
               tugasan  yang  diberi.  Kesediaan  murid  berhadapan  dengan  pelbagai  cabaran  sepanjang
               PdPR dikaitkan dengan pemikiran kognitif murid yang baik kerana murid juga belajar dengan

               menggunakan segala pengalaman sedia ada.

               DAPATAN KAJIAN


               Secara keseluruhannya, objektif PdPR adalah menyeluruh dan semua murid berhak untuk
               belajar. Walau  bagaimanapun,  terdapat  cabaran  dalam  menjayakan  sesebuah  PdPR  dari

               pihak  guru  atau  murid.  Hasil  temu  bual  menunjukkan  terdapat  3  tema  yang  dapat
               dibincangkan  dalam  dapatan  kajian  ini  iaitu:  (i)  Keberkesanan  PdPR,  (ii)  Kaedah  PdP
               berkesan dan (iii) Cabaran dalam PdPR





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1188
   1205   1206   1207   1208   1209   1210   1211   1212   1213   1214   1215