Page 1211 - e Prosiding Serai 2021
P. 1211

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Keberkesanan PdPR
               Dapatan kajian menunjukkan bahawa PdPR adalah berkesan dan tidak bekesan. PdPR tidak

               berkesan  kerana  ramai  murid  yang  tidak  mengikuti  kelas  terutama  kelas  di  awal  pagi.
               Sedangkan murid ini online sehingga lewat malam. Ini berpunca dari sikap murid itu sendiri
               yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, terdapat murid yang tidak mempunyai peranti dan

               data yang menyebabkan mereka tidak mengikuti kelas guru. Walau bagaimanapun, pihak
               guru telah membantu murid untuk mengadakan kelas dan memberi tugasan.


               …PdPR adalah berkesan kepada sesetengah murid dan kurang berkesan terhadap murid
               yang menghadapi masalah di rumah. (R1)


               …Ya, PdPR berkesan. Guru guide murid dari awal sampai habis kelas macam awal tu cikgu

               mengajar, lepas tu bagi kerja, lepas tu suruh hantar dalam masa beberapa minit sebelum
               kelas habis, tak pun hantar sebelum malam. Kalau tak hantar ikut time tak terima dah. Sebab
               saya tengok kawan dan saya sendiri pun, kalau cikgu bagi kerja dengan tak ada tarikh hantar

               menyebabkan kerja jadi bertangguh…lepas tu lupa dan tak siap. (R2)

               Kaedah PdPR

               Pelbagai kaedah  digunakan  oleh guru  untuk  melakukan kelas  secara  online  dan  off-  line.
               Murid yang menghadapi masalah talian boleh menggunakan Telegram atau WhatsApp untuk
               belajar.


               …Semasa PdPR guru menggunakan pelbagai medium atau platform aplikasi khas yang mana

               semakin  banyak  dipakai  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  bersama  murid.
               Contohnya Google Meet, Telegram dan Google Classroom. (R1)


               Cikgu guna Google Meet, You Tube, WhatsApp dan Telegram. Kerja rumah pun ada.   (R2)


               …Saya menggunakan kaedah secara gabungan iaitu dalam dan luar talian seperti aplikasi
               WhatsApp dan Telegram. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan apabila talian yang tidak
               stabil, data murid tidak mencukupi dan masalah peranti seperti mic rosak dan sebagainya.
               Pada kebiasaannya kelas PdPR bermula 3 minit untuk pengenalan, 40 minit penerangan dan

               kemudian  perbincangan.  Sebelum  sesi  pembelajaran  ditamatkan,  guru  memberi  latihan
               pengukuhan. Ya, guru perlu meningkatkan kemahiran TMK kerana PdP dijalankan secara

               maya. Guru melengkapi  dengan  pengetahuan  tentang teknologi  atau  aplikasi  terkini  serta
               peranti untuk PdPR. Selain itu, saya turut memberikan murid tugasan yang seronok tapi dalam




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1189
   1206   1207   1208   1209   1210   1211   1212   1213   1214   1215   1216