Page 542 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 542

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Cara Menganalisis Data


               Lembaran kerja disemak sebagai analisis dokumen dengan kaedah kuantitatif iaitu peratus

               (%)  bagi menjawab  persoalan kajian  1.  Rakaman  video  dijalankan  beberapa  orang murid
               selepas ‘KJ’ dengan telefon bimbit bagi pemerhatian. Hasil pemerhatian, saya telah membuat
               catatan sebagai rekod anekdot dan temu buat tidak berstruktur dan dianalisis dengan kaedah

               kualitatif bagi menjawab persoalan kajian 2.


               Cara Menyemak Data


               Terdapat tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual
               tidak berstruktur. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan bagi mengaplikasikan kaedah Triangulasi

               untuk bertujuan meningkatkan kesahan instrumen kuantitatif dan kualitatif (Mheen, Coumas,
               Baredregt & Poel, 2006 dalam Kartini, Ahamd, Rosli dan Badrul, 2012).


               PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN


               Perancangan Tindakan


               Dalam  kajian  Noor  Afida  dan  Marina  (2020)  yang  bertajuk  ‘Keberkesanan  Kaedah  KIJO

               Membantu Murid tahun 3 Hisyam di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang Mengatasi
               Masalah  Penguasaan  Konsep  Darab’.  Beliau menggunakan kaedah  Kumpulan  Isi Jumlah

               Objek (KIJO) untuk membantu murid-murid dalam penguasaan sifir. Dalam kajian Janting
               Anak Ringkai (2005) yang bertajuk ‘Mempelbagaikan Pendekatan untuk Membantu Murid-
               murid Tahun Lima Menguasai Sifir Darab 1 hingga 10’, beliau menggunakan kaedah jari untuk

               membantu murid-murid penguasaan sifir. Ini mencetuskan idea kepada saya untuk mencuba
               kaedah lain iaitu kaedah saya sendiri iaitu ‘KJ’ bagi operasi darab.


               Pelaksanaan Tindakan


               Saya menggunakan ‘KJ’ untuk menunjukkan konsep penambahan semula bagi operasi darab.

               Dengan bantuan lukisan, murid dapat memahami sesuatu dengan lebih senang kerana murid
               dapat melihat secara visual dan akan memudahkan pemahaman mereka untuk menguasai
               atau  memahami  sesuatu  konsep  dengan  mudah.  Berikut  merupakan  langkah-langkah

               pelaksanaan tindakan saya untuk kajian ini. Sebagai contoh hasil darab 1564 x 2 =









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                521
   537   538   539   540   541   542   543   544   545   546   547