Page 538 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 538
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Fokus Kajian
Seperti mana yang kita ketahui, untuk menguasai operasi darab di peringkat yang lebih tinggi
murid perlu mempunyai pengetahuan asas sebelumnya. Antara masalah yang dihadapi oleh
murid ialah tidak menghafal sifir dan tidak memahami konsep asas pendaraban serta tidak
tahu bagaimana mulakan proses pendaraban hingga membuatkan murid-murid tidak
menjawab soalan latihan, tersalah meletakan nombor dalam situasi pendaraban separa, tidak
mengingat sifir hingga meletakkan jawapan sifar (Aida Ibrahim, 2016). Hal ini kerana,
kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses pendaraban berlaku dan yang paling
penting ialah tidak menghafal sifir. Masalah ini juga turut dinyatakan dalam kajian Nur Aniza
(2016). Kesemua masalah ini sangat membimbangkan dan akan memberi kesan terhadap
prestasi dan keputusan kelak.
Contoh lembaran kerja murid tahun empat dan lima
Rajah 1: Contoh latihan pengesanan awal tahun empat dan lima
Daripada Rajah 1, saya mendapati bahawa ramai murid tidak lengkapkan latihan diberinya.
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya memberi fokus dan menambah baik pendekatan
pengajaran dengan kaedah ‘KJ’. Kaedah ‘KJ’ ini memberikan fokus kepada masalah berkaitan
operasi darab iaitu masalah tidak mengingati fakta asas darab ataupun tidak menguasai sifir.
Kajian ini dijalankan bagi melihat bagi melihat sejauh mana kaedah ‘KJ’ membantu dalam
meningkatkan penguasaan murid dalam melakukan operasi pendaraban sebarang nombor.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 517

