Page 537 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 537

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Murid-murid  memerlukan  bimbingan  dan  bantuan  bagi  mengukuhkan  konsep  asas
               dalam Matematik. Maka terhasillah pelbagai kaedah pembelajaran bagi membantu masalah

               ini.
               Kaedah  pengajaran  merupakan  satu  kemahiran  dan  cara  perlaksanaan  pengajaran  itu
               disampaikan  yang  mengandungi  beberapa  langkah.  Ia  akan  berjaya  jika  dibantu  dengan

               teknik pengajaran yang berkesan agar pembinaan konsep murid dapat dipermudahkan. Oleh
               itu, di dalam kajian ini akan dinyatakan kaedah dan teknik yang diguna pakai yang dinamakan

               kaedah KJ di sebuah sekolah rendah di daerah Gombak bagi murid-murid tahun empat dan
               lima bagi membina pemahaman konsep darab.


               Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


               Bermula  wabak  virus  pandemic  Covid19  diikuti  dengan  penutupan  semua  sekolah  di

               Malaysia. Sehubungan dengan penutupan sekolah, semua murid perlu mengikuti pengajaran
               dan pembelajaran di rumah (PdPDR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
               Namun  ramai  murid  tercicir  untuk  mengikuti  PdPDR  disebabkan  pelbagai  kekangan  yang

               dihadapi olehnya (Mohd Nazri, 2020). Bermula 20 Januari 2021, semua sekolah di Malaysia
               telah mula beroperasi.


                       Murid-murid tahun empat dan lima diajar Standard Kandungan 4.1 pendaraban dua

               nombor  (KPM,  2016),  bermula  minggu  yang  ke-6.  Seperti  biasa  murid-murid  diuji
               pengetahuan sedia ada sifir dan diberi lembaran kerja yang mengandungi sebanyak 60 soalan
               mudah  untuk  menjawab  dalam  2  minit.  Murid-murid  didapati  menghadapi  masalah  untuk

               menyelesaikan  soalan  tersebut.  Hal  ini  disebabkan  murid-murid  sukar  dan  tidak  mahu
               menghafal  sifir.  Kegagalan  dalam  menghafal  sifir  membuatkan  sebilangan  murid  tidak
               menjawab dan sebilangan murid memberikan jawapan yang salah.



                       Oleh  yang  demikian,  satu  kajian  dijalankan  dengan  tujuan  untuk  membantu  yang
               sewajarnya  dan  penuh  keprihatinan  kepada  murid-murid  tahun  empat  dan  lima  yang
               menghadapi  masalah  dalam  pendaraban  fakta  asas  dengan  memperkenalkan  Kaedah

               Joshua  (KJ).  Saya  melihat  bahawa  kaedah  pendaraban  menggunakan  ‘KJ’  adalah  satu
               alternatif  yang  baik  bagi  meningkatkan  kemahiran  dan  penambah  baik  amalan  pedagogi
               pengajaran dan pembelajaran mendarab sebarang nombor bagi murid yang lemah dan murid

               yang sukar menghafal sifir.









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                516
   532   533   534   535   536   537   538   539   540   541   542