Page 540 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 540
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
perbezaan antara kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan
Kaedah Petak Bijak. Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan Kaedah Petak Bijak
meningkat sebanyak 70% dan disyorkan untuk digunakan sebagai bahan bantu belajar
berbanding kaedah tradisional dalam meningkatkan penguasaan murid bagi operasi darab
dan bahagi.
Mengikut Nur Aniza dan Roslinda (2016), konsep pendaraban merupakan antara
konsep asas paling penting dalam mata pelajaran Matematik dan perlu dikuasai oleh semua
murid sejak di sekolah rendah. Oleh disebabkan murid-murid sukar untuk menghafal sifir,
mereka telah menggunakan Kaedah Titik bagi meningkatkan penguasaan murid dalam
operasi darab dan didapati bahawa kaedah ini memberi kesan positif dan membantu
meningkatkan penguasaan mereka dalam operasi darab sebarang nombor dalam lingkungan
100 000.
Stacey (2010), pula menyatakan bahawa pelbagai pendekatan perlu diaplikasikan
bagi membantu murid-murid gred 4 dalam operasi darab. Pelbagai strategi perlu
diperkenalkan supaya mudah untuk memahami sesuatu konsep diajar oleh guru.
Pelbagai kajian yang telah dilakukan di dalam dan luar negara berkaitan dengan
operasi pendaraban. Maka secara tidak langsung saya telah menggunakan Kaedah Joshua
(KJ) membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi pendaraban dengan betul
dalam kalangan murid tahun empat dan lima serta menambah baik amalan pedagogi
pengajaran.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang memberi tumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Saya menjalankan kajian tindakan ini untuk membantu dan
menambah baik amalan pedagogi dalam penguasaan murid dalam operasi pendaraban
dengan betul dalam kalangan murid tahun empat dan lima. Kajian tindakan ini dilakukan
secara kualitatif dan kuantitatif kerana tajuk yang dipilih lebih memerlukan pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur.
Model Kajian Tindakan Yang Digunakan
Kajian tindakan ini dilaksanakan mengikut model Kemmis dan Taggart (1988). Dalam model
ini terdapat empat langkah seperti merancang (Plan), bertindak (Action), memerhati (Observe)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 519

