Page 541 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 541

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dan mereflek (Reflect) dan dilaksanakan dalam satu kitaran sahaja seperti yang ditunjukkan
               dalam Rajah 2.




                                                           MERANCANG
                                                      Satu kaedah digunakan 'KJ'
                                                      bagi membantu murid untuk
                                                       menguasai operasi darab


                                              MEREFLEK                  BERTINDAK
                                         Data dikumpulkan, refleksi   Menggunakan kaedah 'KJ'
                                          dibuat terhadap dapatan   bagi membantu murid untuk
                                                 kajian             menguasai operasi darab


                                                           MEMERHATI
                                                       Data dikumpulkan dengan
                                                        pemerhatian, lembaran
                                                       kerja dan  temu bual tidak
                                                            berstruktur.




                  Rajah 2: Proses Penyelidikan Tindakan (Adaptasi daripada Kemmis & McTaggart,1988)


               Kajian ini telah dilaksanakan sebanyak satu kitaran menggunakan ‘KJ’. Ini disebabkan kerana

               model ini mudah difahami, dikendalikan dan mudah untuk mengenal pasti kelemahan amalan
               pedagogi  untuk  mengatasi  isu  kelemahan  dengan  mudah  (Norazizah,  2015).  Saya  telah

               menggunakan  mengaplikasikan  ‘KJ’  ini  sebagai  menambah  baik  amalan  pedagogi  dan
               membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi pendaraban dengan betul dalam
               kalangan murid tahun empat dan lima.


               Peserta Kajian



               Dalam kajian tindakan ini, seramai 13 orang murid daripada tahun empat dan 10 orang murid
               daripada  tahun  lima.  Murid-murid  ini  dipilih  berdasarkan  jumlah  bilangan  dijawab  kurang
               daripada 20 daripada 60 soalan.



               Cara Mengumpul Data

               Dalam kajian tindakan ini tiga kaedah telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat,
               iaitu pemerhatian, lembaran kerja dan temu bual tidak berstruktur untuk menjawab persoalan

               kajian yang pertama dan kedua iaitu untuk melihat tahap peningkatan dalam penguasaan
               operasi darab dan cara guru menambah baik amalan pembelajaran dan pengajaran dalam
               kalangan murid tahun empat dan lima.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                520
   536   537   538   539   540   541   542   543   544   545   546