Page 550 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 550
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menjawab lebih daripada 20 soalan. Aplikasi fakta asas kira darab amat penting dalam
menyelesaikan masalah lain dalam matematik. ‘KJ’ ini berkesan terhadap pembinaan asas
darab murid dan soalan-soalan kajian telah dijawab. Maka, dapatan dikatakan bahawa ‘KJ’
memberikan hasil impak positif.
Prestasi juga dilihat bergantung pada amalan pedagogi guru iaitu bagaimana guru
memilih bahan dan strategi yang sesuai dengan tahap kefahaman murid. Menurut Zawawi et.
al. (2009), jika melalui pendekatan pengajaran secara konseptual, para guru akan menghurai
dan menjelaskan sesuatu konsep dengan melibatkan pelbagai interpretasi yang berkaitan.
Selari dengan kaedah yang disampaikan oleh saya, pengulangan diperlukan untuk
memahirkan murid menggunakan ‘KJ’ dalam tajuk darab. Maka, apa sahaja teknik dan kaedah
yang diajukan perlu kepada pengulangan bagi menerapkan elemen amalan dan penyebatian
yang berterusan. Selain itu, salah satu usaha yang menjadikan seseorang berprestasi adalah
melakukan kegiatan yang berlanjutan atau berulangan (Siagian, 2015).
RUMUSAN
Dapatan kajian ini dapat menunjukkan data analisis dengan jelas bahawa terdapatnya
perubahan positif terhadap pembelajaran dalam operasi darab membantu murid-murid tahun
empat dan lima untuk mengatasi masalah penguasaan konsep asas darab mereka.
Pengaplikasian ‘KJ’ berjaya menyumbang kepada peningkatan terhadap prestasi menjawab
bilangan soalan murid dalam tajuk darab sekali gus memberi motivasi kepada mereka untuk
mempelajari operasi darab di masa akan datang. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat
menjelaskan keberkesanan penggunaan ‘KJ’ dalam membantu murid meningkatkan
penguasaan dan pencapaian mereka dalam mencari hasil darab dengan mudah dan ‘KJ’
dapat menghasilkan sebuah kajian yang meyakinkan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan dapatan kajian tindakan ini, beberapa cadangan dikemukakan. Pertama
dicadangkan untuk menjadikan kit bahan bantu mengajar supaya murid-murid membuat
secara konkrit. Selain itu, dicadangkan menjadikan bahan inovasi ke peringkat tinggi.
Cadangan seterusnya ialah mengaplikasikan kaedah ‘KJ’ dalam kemahiran operasi bahagi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 529

