Page 553 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 553
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN INSTRUMEN KEMAHIRAN MENDENGAR DALAM
KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI KAWASAN PULAU DI TERENGGANU
3
1
Mas Norbany Abu Samah, Phd , Rodhiana Rosli , Badruddin Hassan, Phd dan Ahmad
2
4
Hafizuddin Mohamed Rushdi
1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
masnorbany@ipgm.edu.my
ABSTRAK
Kemahiran mendengar dalam kalangan masyarakat banyak dipengaruhi oleh dialek yang
digunakan oleh sesebuah komuniti berdasarkan kedudukan geografi sesuatu tempat. Kajian
ini bertujuan membangun dan menguji Instrumen Kemahiran Mendengar dalam kalangan
murid tahun lima sekolah rendah di kawasan pulau di Terengganu. Kajian kemahiran
mendengar bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di kawasan pulau belum
ditemui namun terdapat banyak kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu
terhadap masalah berkaitan kemahiran mendengar terutamanya dalam kalangan murid
sekolah rendah. Pengkaji juga mendapati kegagalan responden untuk menguasai kemahiran
mendengar bahasa Melayu dengan baik adalah disebabkan oleh penggunaan bahasa ibunda
yang lebih meluas dalam pergaulan seharian terutamanya ketika berada di rumah yang
menyebabkan mereka kurang menguasai kemahiran mendengar dalam konteks
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Instrumen Kemahiran Mendengar Bahasa Melayu
yang telah dibangunkan oleh pengkaji diuji dengan menggunakan pendekatan penyelidikan
kualitatif. Populasi kajian melibatkan 51 orang murid tahun lima dan empat orang guru bahasa
Melayu sekolah rendah di dua buah pulau di Terengganu. Peserta kajian dipilih menggunakan
pensampelan bertujuan yang melibatkan dua orang guru mata pelajaran bahasa Melayu dan
12 orang murid tahun lima di lokasi kajian. Selain daripada temu bual bersama guru dan murid,
semakan dokumen RPH dan analisis peperiksaan murid juga dilakukan untuk mengumpul
data. Dapatan kajian menunjukkan, instrumen yang dibangunkan berdasarkan DSKP Bahasa
Melayu Tahun Lima ini sesuai diaplikasikan dalam kalangan murid sekolah rendah di kawasan
pulau. Pengaruh persekitaran dan proses sosialisasi memberi impak yang tinggi terhadap
kemahiran mendengar murid. Usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu
wajar dilaksanakan bagi memastikan masyarakat di pulau menguasai kemahiran mendengar
dalam bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah.
Kata kunci : kemahiran mendengar, instrumen kemahiran mendengar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 532

