Page 554 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 554

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Kemahiran mendengar adalah salah satu daripada komponen pembelajaran bahasa Melayu

               selain  daripada  kemahiran  bertutur,  membaca  dan  menulis.  Dalam  konteks  pengajaran,
               kemahiran mendengar diberi penekanan yang setara dengan kemahiran yang lain. Ini penting

               kerana  daya  komunikasi  bahasa  Melayu  dalam  kalangan  murid  memerlukan  penguasaan
               kemahiran  mendengar.  Untuk  berkomunikasi  dengan  berkesan,  seseorang  murid
               memerlukan kemahiran berbahasa yang tinggi. Tanpa dorongan dan motivasi guru, murid

               akan mengambil sikap berdiam diri dan tidak berkomunikasi. Sikap ini tidak akan membantu
               murid  meningkatkan  kemahiran  berkomunikasi  sekaligus  menjejaskan  penguasaan  dalam
               bahasa Melayu.

                       Sesebuah komuniti menggunakan beberapa variasi bahasa yang berbeza-beza dan
               penggunaan  pula  menurut  sistem  tertentu  (Abdul  Rashid  &  Amat  Johari,  2012).  Kramsch
               (2003) menyatakan bahawa, apabila kita menggunakan bahasa dalam konteks komunikasi,

               kita sebenarnya telah terikat dengan bahasa yang pelbagai dan bersifat kompleks. Kecekapan
               dalam  menyesuaikan  penggunaan  bahasa  dalam  pelbagai  konteks  budaya  inilah  menjadi

               fokus. Ini kerana, peranan besar pendidikan bahasa Melayu adalah untuk melahirkan rakyat
               Malaysia  yang  berketerampilan  dalam  berbahasa  dan  mempunyai  kecekapan  dalam
               komunikasi  harian.  Peranan  ini  dapat  diteliti  melalui  dokumen  pendidikan  (Kementerian

               Pendidikan  Malaysia,  2013)  yang  secara  jelas  menetapkan  kefasihan  berbahasa  dan
               kecekapan berkomunikasi sebagai matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

                       Salah satu kajian berkaitan dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah dialek
               Terengganu  (Asmah,  1991).  Dialek  ini  dipertuturkan  sebagai  satu  alat  komunikasi  dalam
               pergaulan  seharian  untuk  mewujudkan  sebuah  hubungan  yang  harmoni.  Menurut  Abdul

               Hamid (1990), dialek Terengganu agak unik dan berbeza daripada aspek bahasa Malaysia
               baku, baik dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikal. Penggunaan dialek yang
               meluas  menyukarkan  penggunaan  bahasa  Melayu  standard  terutama  dalam  kalangan

               penduduk di kawasan pulau. Menurut Zulkifley (2014), program pendidikan bahasa Melayu
               yang  cemerlang  perlu  menyeluruh  iaitu  melibatkan  komponen-komponen  pengetahuan
               bahasa, tatabahasa, kecekapan menggunakan bahasa (Juriah, 2010), kecekapan linguistik

               dan  kecekapan  pragmatik  (Chomsky  dalam  Botha,  1989),  serta  kecekapan  nahu  dan
               kecekapan komunikatif (Hymes, 1972 dalam Mohd Asri, Zulkifley & Kartini, 2016). Kecekapan

               ini  dijelaskan  oleh  Widdowson  (1984)  sebagai  kecekapan  dalam  penggunaan  dan  guna
               bahasa dalam kehidupan seharian. Artikel 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
               menjelaskan, “Bahasa kebangsaan negara ini ialah bahasa Melayu …”. Bahasa Melayu juga

               dikenali sebagai bahasa Malaysia dan dijadikan bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran,
               bahasa  perhubungan  umum  dan  bahasa  pengantar  serta  bahasa  ilmiah  di  sekolah  dan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                533
   549   550   551   552   553   554   555   556   557   558   559