Page 557 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 557
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Penggunaan pendekatan ini dilakukan bagi
membolehkan penggunaan kaedah triangulasi data dan bertujuan untuk memastikan
maklumat yang diperoleh adalah lebih mendalam (Creswell, 2003). Pengkaji menggunakan
instrumen utama yang akan memberikan kesan kepada peserta kajian melalui kaedah temu
bual dan pemerhatian (Noraini, 2010). Persoalan kajian merupakan elemen yang penting
namun ini bergantung kepada kaedah pengumpulan data dan analisis yang dilakukan.
Pengkaji turun ke lapangan dengan minda yang terbuka dan melihat apa yang perlu diterokai
dan disiasat (Maxwell, 2005). Data-data yang diperolehi ini dikumpul daripada gabungan
kaedah temu bual sebagai data utama, manakala pemerhatian dan penganalisisan dokumen
peserta kajian dilakukan bagi menyokong data temubual (Miller, Dingwall & Murphy, 2006).
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Pembangunan instrumen merupakan antara objektif utama kajian ini. Kajian ini menggunakan
Model Mohd Sidek, Model Sharifah Alwiah dan Model Russell sebagai panduan kerana
gabungan model ini menghasilkan model integrasi yang lebih komprehensif seperti Rajah 1.
Terdapat sepuluh langkah pembangunan proses yang dikemukakan oleh Model Russell
(1974) bermula dengan mengenal pasti kebolehan pelajar, pemilihan dan senarai, mereka
bentuk modul baru, menentukan objektif, membina item pengukuran, menganalisis dan
menentukan pencapaian pelajar, urutan pencapaian dan pemilihan media, mencuba ke atas
pelajar serta kajian lapangan. Model Sharifah Alwiah (1981) juga mempunyai sepuluh langkah
iaitu penentuan golongan pelajar, pemilihan konsep prinsip atau kemahiran, penentuan
objektif, penyediaan ujian, pemilihan isi kandungan, pemilihan strategi pembelajaran,
pemilihan media, penyatuan, ujian lapangan dan draf akhir. Model Mohd Sidek (2001) pula
mempunyai tiga belas langkah dan dua peringkat iaitu bermula dengan mengenal pasti teori,
rasional, falsafah, konsep, sasaran dan tempoh masa sebagai langkah pertama, diikuti
dengan kajian keperluan, menetapkan objektif, pemilihan isi kandungan, pemilihan strategi,
pemilihan logistik, pemilihan media, menyatukan draf, kajian rintis menguji kesahan dan
kebolehpercayaan, penilaian keberkesanan dan draf akhir.
Hasil gabungan ketiga-tiga modul ini menghasilkan instrumen yang merangkumi tujuh langkah
melibatkan dua peringkat iaitu peringkat pertama yang mempunyai empat langkah dan
peringkat kedua mempunyai tiga langkah. Empat langkah dalam peringkat pertama
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 536

