Page 560 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 560

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               0.61. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan berdasarkan pandangan pakar. Instrumen
               Kemahiran Mendengar merupakan alat kajian utama dalam kajian ini. Instrumen ini digunakan

               untuk mengukur tahap kebolehan murid. Pengkaji memfokuskan kajian untuk menguji murid
               pada keupayaan tahap 2, 3 dan 4. Instrumen Kemahiran Mendengar yang digunakan ini dibina
               khas untuk kegunaan pengkaji bagi kajian di sekolah rendah di dua buah pulau di Terengganu.

               Instrumen ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Tahap 2 : Terbatas, Tahap 3 : Memadai, Tahap
               4 : Memuaskan. Instrumen ini meliputi penggunaan resos seperti penggunaan audio, video

               dan pembacaan teks oleh pengkaji untuk didengari oleh peserta kajian. Peserta kajian (PK)
               terdiri daripada 12 orang murid tahun lima melibatkan enam orang murid lelaki dan enam
               orang  murid  perempuan.  PK  1  hingga  PK  6  merupakan  murid  tahun  lima  dari  Sekolah

               Kebangsaan Pulau A dan PK 7 hingga PK 12 merupakan murid tahun tahun lima dari Sekolah
               Kebangsaan Pulau B. Pemilihan PK dibuat berdasarkan markah peperiksaan mata pelajaran

               bahasa  Melayu  bagi  peperiksaan  pertengahan  tahun.  Empat  orang  PK  merupakan  murid
               dalam  kategori  lemah  dengan  purata  markah  antara  40%  hingga  60%.  Empat  orang  PK
               merupakan murid kategori sederhana dengan purata markah antara 61% hingga 80% dan

               empat orang PK lagi merupakan murid kategori cemerlang dengan purata markah antara 81%
               hingga 100%. Pelaksanaan pengujian Instrumen Kemahiran Mendengar dilaksanakan secara
               temu bual bersama peserta kajian dan juga pemerhatian terhadap tingkah laku peserta kajian

               ketika  proses  temu  bual.  Melalui  pemerhatian,  pengkaji  mendapati  peserta  kajian  lebih
               menumpukan perhatian kepada maklumat yang lebih relevan dengan diri dan persekitaran
               mereka. Ini menyebabkan pentafsiran tahap kesukaran soalan tidak sama bagi setiap peserta

               kajian. Terdapat peserta kajian yang dapat menguasai soalan pada aras tinggi dengan lebih
               baik  berbanding  soalan  pada  aras  yang  lebih  rendah  disebabkan  oleh  maklumat  yang

               didengar merupakan perkara yang lazim didengar dan dilalui oleh mereka. Justeru, pengkaji
               bersetuju dengan teori relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986, dalam
               Zaitul Azma, 2007).


                                       Jadual 3: Dapatan Data Tahap 2 : Terbatas

                  Aras                               Dapatan Tahap 2

                  Aras 1 : Memilih maklumat          T2S3 = 8 (67%) orang PK tidak menguasai

                                                             -   PK keliru dengan maklumat yang didengar

                                                                dan gagal memilih maklumat tepat.











               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                539
   555   556   557   558   559   560   561   562   563   564   565