Page 617 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 617
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa kebangsaan ini digunakan
secara lisan mahupun bertulis secara meluas di negara kita samada dalam konteks formal
atau tidak formal. Bahasa ini juga diaplikasikan oleh semua lapisan kaum dan masyarakat
tidak kira tua atau muda. Setiap bahasa mempunyai loghatnya yang tersendiri. Dalam bahasa
Melayu, pelbagai dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti loghat Kelantan,
Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan sebagainya. Menurut Abdul Hamid Mahmood
(2006), loghat yang digunakan ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial. Dipanggil
dialek daerah atau lebih dikenali sebagai loghat daerah adalah kerana terdapat perbezaan
dari segi bahasa pengguna berdasarkan daerah atau disebabkan faktor geografi. Loghat
daerah merupakan kelainan dan keunikan daripada sesuatu bahasa itu sendiri. Perbezaan
atau kelainan itu dapat dilihat berdasarkan kawasan menetap seseorang yang mempunyai
pelbagai kumpulan penutur yang berbeza. Hal ini disebabkan oleh budaya yang dibawa oleh
mereka dari tempat asal mereka.
Masyarakat Melayu sering kali bercakap menggunakan loghat masing-masing tidak
kira dalam situasi rasmi mahupun tidak rasmi seperti dalam percakapan harian ataupun
percakapan dalam keluarga. Malahan penggunaan loghat turut berlaku di sekolah sama ada
dalam kalangan pelajar mahupun golongan pendidik. Loghat haruslah digunakan dalam
urusan yang sesuai sahaja bukan digunakan secara meluas dalam kehidupan harian. Hal ini
demikian kerana tidak semua pendengar dapat memahami loghat yang diutarakan oleh
penutur.
Kesimpulannya, kepentingan bahasa Melayu haruslah dijaga dan dimartabatkan.
Kajian ini dijalankan kerana penggunaan loghat negeri masih lagi digunakan secara meluas
oleh pelajar dan guru terutamanya guru sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Penggunaan loghat negeri ini secara tidak langsung akan memberi impak yang
besar kepada mutu dan kualiti bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana penggunaan loghat negeri
sering kali berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa, situasi, persekitaran dan orang
yang sedang berbicara mahupun pendengar dalam kelompok masyarakat sekarang.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah implikasi penggunaan loghat negeri dalam pengajaran dan pembelajaran?
SOROTAN LITERATUR
Pada asasnya, terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang penggunaan dialek
terutamanya kalangan pelajar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1977) dialek ialah pelbagai
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 596

