Page 618 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 618

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               jenis bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat
               bahasa.  Dialek  adalah  satu  jenis  bahasa  yang  dapat  dikenal  pasti  berdasarkan  ciri

               sebutan,intonasi,kelancaran,kosa kata dan nahu.
                       Terdapat kepada dua kesan yang boleh dikategorikan iaitu kesan positif dan kesan
               negatif,  kesan  dari  penggunaan  dialek  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Semasa

               berkomunikasi,  mereka  dapat  mewujudkan  kemesraan  sesama  mereka.  Ini  adalah
               disebabkan kesan positif daripada penggunaan dialek iaitu bahasa tersebut memudahkan

               untuk berkomunikasi antara penduduk sesetempat.  Hubungan antara mereka menjadi lebih
               erat, berasa tenang dan berhibur apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Situasi
               ini sama seperti ketika berada di dalam kelas. Murid akan lebih mudah memahami sesuatu

               tajuk sekiranya guru memberi penjelasan menggunakan dialek yang difahami oleh murid. Di
               samping  itu,  penggunaan  dialek  semasa  pengajaran  dan  pembelajaran  juga  membantu

               mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid.
                       Walau  bagaimanapun,  penggunaan  dialek  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  di
               kelas juga banyak memberikan kesan yang negatif terhadap bahasa Melayu. Penggunaan

               dialek yang berterusan oleh pelajar akan menyebabkan pencapaian bahasa Melayu merosot.
               Hal ini kerana murid perlu menggunakan bahasa Melayu standard dalam ujian lisan dan ujian
               bertulis. Suez Zulkifly (2016) dalam kajiannya menyatakan bahawa sebutan baku merupakan

               aspek penting dalam aktiviti lisan.  Makna atau maksud akan terjejas dan pendengar pula
               sukar memahami apa yang dimaksudkannya hasil dari implikasi bagi sebutan yang jelas, betul
               dan  tepat  oleh  penutur.  Sekiranya  penyebutan  tidak  jelas,  betul  dan  tepat,  meyebabkan

               pendengar tidak faham dan maksud yang sebenarnya akan disalahtafsirkan oleh pendengar.
                       Zaleha Embong (2020) dalam kajiannya memetik kata-kata Nurul Salmi Mohd Dazali

               & Mohd Isha Awang (2014) menyatakan institusi sosial di sekolah merupakan tempat yang
               paling banyak berlakunya proses komunikasi atau interaksi khususnya di dalam kelas dan
               interaksi antara guru dengan pelajar semasa proses pembelajaran dijalankan. Menurut Abdul

               Aziz Yusuf (2003), aktiviti komunikasi boleh berlaku secara verbal atau nonverbal di institusi
               pengajian yang bertujuan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk modal insan

               berkualiti, dan mendapatkan maklum balas daripada penerima. Sejak kebelakangan ini, telah
               timbul  beberapa  masalah  yang  berpunca  dari  penggunaan  dialek  yang  dikaitkan  dengan
               struktur geografi tempat tinggal pelajar sehingga mereka gagal berkomunikasi dalam bahasa
               Melayu dengan baik.


               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian rintis yang dijalankan adalah kajian tinjauan yang melibatkan kaedah kuantitatif yang
               menggunakan  soal  selidik  dan  dipersembahkan  menggunakan  pendekatan  Model



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                597
   613   614   615   616   617   618   619   620   621   622   623